Piala AFC : Hasrat Sabah FC cipta hatrik kemenangan tidak kesampaian

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Hasrat Sabah FC untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan H saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) tidak kesampaian apabila tewas tipis 2-3 kepada Hai Phong FC di Stadium Lach Tray, malam tadi.

Sebaik wisel pertama ditiup, Sabah ketinggalan pada minit ke-14 menerusi jaringan pemain Hai Phong, Nguyen Huu Son.

Pada aksi sebelum ini, Sabah berjaya mengatasi Hougang United (3-1) dan PSM Makassar (5-0) 

Hanya empat minit kemudian, pintu gol Sabah yang dikawal Damien Lim bocor lagi dan kali ini menerusi rembatan kaki kiri Dam Tien Dung.

Tersentak dengan dua gol itu, Sabah cuba bangkit dengan beberapa gerakan serangan dan usaha mereka berhasil pada minit ke-71 apabila Ramon Machado menyempurnakan hantaran Darren Lok.

Kedudukan 2-1 itu hanya bertahan seminit apabila Tien Dung meledak gol ketiga Hai Phong untuk kelab Vietnam itu kembali menggandakan kelebihan.

Perlawanan sengit terus disajikan dengan Sabah memperoleh satu lagi gol menerusi rembatan jarak jauh daripada pemain gantian, Gary Steven Robbat pada minit ke-80.

Namun, jaringan itu tidak cukup untuk Sang Badak mengelak daripada mengalami kekalahan pertama dalam tiga aksi di pentas Piala AFC musim ini.

Keputusan ini melonjakkan Hai Phong ke tangga kedua Kumpulan H di belakang skuad Badak. 

Biarpun berkongsi enam mata, Sabah masih mendahului dari segi kelebihan jaringan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *