HomeUtamaDua beranak didakwa di mahkamah, jual jongkong emas secara haram

Dua beranak didakwa di mahkamah, jual jongkong emas secara haram

Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas di sini, hari ini kerana didakwa terlibat dalam perniagaan menjual jongkong emas secara haram mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri lebih RM1.3 juta dalam jualan antara 2019 dan 2023.

Tertuduh, Datuk Lo Fui Ming, 67, dan anak lelakinya Lo Teck Yong, 42, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Jason Juga.

Kedua-dua tertuduh merupakan bekas pengarah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan perlombongan mineral emas di Bukit Mantri, Tawau.

Mengikut kertas pertuduhan, sebanyak 24 pertuduhan dibacakan dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan terhadap Lo Fui Ming dan 24 pertuduhan dibawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibacakan bersama seksyen 418 Kanun Keseksaan terhadap Lo Teck Yong.

Kes-kes tersebut atas kesalahan menipu Kerajaan Negeri Sabah iaitu Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah dengan tidak mengisytiharkan hasil penjualan kuantiti jongkong emas yang sebenar dalam dokumen invois yang dikemukakan kepada JTU.

Menurut syarat perjanjian pajakan tanah dan perlombongan mineral dengan JTU, syarikat berkenaan disyaratkan untuk membayar royalti sebanyak 5 peratus daripada hasil penjualan mineral emas yang dilombong di Bukit Mantri kepada JTU.

Diantara tahun 2019 hingga tahun 2023, kedua-dua tertuduh dikatakan telah menjual lebih kurang 26 jongkong emas secara haram kepada syarikat pembeli yang dilombong dan dihasilkan di Bukit Mantri, Tawau, dan jualan ini tidak direkodkan.

Malah kedua-dua mereka tidak membayar royalti 5 peratus kepada kerajaan untuk penjualan emas berkenaan dan mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri Sabah dianggarkan sebanyak RM 1.3 Juta.

Tertuduh Lo (tengah) dan Teck Yong bersama peguam Zahir Shah di lobi Mahkamah Kota Kinabalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zahir Shah.

Lo dan Teck Yong dibenarkan diikat jamin RM100,000 setiap seorang, dan pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.

RELATED ARTICLES
Utama

25 pendaki sertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu Coalition Duchenne kali ke-12

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular