HomeUtamaDunia Islam Jangan lesu, Mesti Bangkit Pertahankan Bumi Palestin - PM

Dunia Islam Jangan lesu, Mesti Bangkit Pertahankan Bumi Palestin – PM

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji rakyat malaysia yang dapat berhimpun malam tadi dimana rakyat Malaysia tegas mempertahan hak rakyat Palestin.

Katanya beliau menjelajah ke negara Arab bagi bertemu kepimpinan dunia Islam untuk menyatakan sokongan bagi menghentikan serangan rejim Zionis terhadap Palestin.

‘ Dalam sejarah Malaysia, selalunya kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan dari jauh tetapi ini kali pertama melihat semangat denyut nadi anak-anak Malaysia, saya ambil keputusan untuk keliling dunia arab, menyatakan pendirian kita’

“Saya menyampaikan mesej Malaysia ketika bertemu Putera Mahkota, merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan pemimpin Islam lain.

“Biar kita sepakat kali ini, dunia Islam jangan lesu mesti bangkit pertahankan bumi Palestin. Mana dia demokrasi, mana dia hak asasai, mana dia kemanusian apakah kemanusian hanya untuk orang kulit putih dan hamba abdi bagi orang kulit hitam,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Mesir juga memberitahu negara manapun yang ingin menghantar bantuan pihaknya akan terima dan membantu membawa masuk ke Gaza untuk penduduk di sana.

“Ubat tidak cukup, susu bayi tidak cukup, bekalan elektrik dipotong dan terputus air minuman tetapi di tahun 2023 masih ada manusia bercakap soal tamadun kemanusiaan, hak asasi tetapi masih ada yang kebuluran.

“Saya juga bertambah terkesan hasil pertemuan dengan negara Arab itu semuanya memberi penghormatan tinggi kepada Malaysia…makanya mereka mengharapkan kita buat sesuatu yang lebih lagi,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 16,000 peserta membanjiri stadium terbabit sambil mengenakan pakaian serba putih sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin.

Acara dimulakan dengan solat berjemaah yang dipimpin oleh seorang imam Palestin, Rami Sousi, sebelum sesi ucapan.

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, dan beberapa orang duta negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular