HomeUtamaKerajaan komited sedia perkhidmatan digital

Kerajaan komited sedia perkhidmatan digital

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan komited untuk terus menyediakan perkhidmatan digital berfokuskan rakyat menerusi pelbagai dasar dan inisiatif yang diperkenalkan.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin berkata, ke arah itu Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dipertanggungjawabkan sebagai agensi pusat dalam aspek pendigitalan sektor awam. 

“Pelbagai dasar dan inisiatif diperkenalkan bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang Mampan ke arah membentuk masyarakat digital seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025.

“Program ini dilaksanakan secara kolaboratif bersama-sama enam agensi iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sabah IT Talk Series (SITAS) Siri Ketiga Tahun 2023 di sini, semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah MAMPU Sabah, Mohd Badrie Abd Rahim.

Makhzan berkata, pemilihan tema program SABAH IT TALK SERIES (SITAS) Siri 3 Tahun 2023 iaitu  ‘Pendigitalan Perkhidmatan Awam: End to End Services’ bertepatan dengan usaha negara untuk mencapai sasaran 80 peratus perkhidmatan kerajaan dalam talian. 

“Program promosi perkhidmatan atas talian yang dilaksnakan adalah satu cara yang baik untuk menyumbang kepada agenda pendigitalan negara.

“Inisiatif ini juga dapat memperluaskan perkhidmatan kerajaan secara End-To-End (E2E) yang merentasi pelbagai agensi awam dan swasta bagi memudah cara interaksi rakyat, industri dan kerajaan,” katanya.

Beliau berharap usaha pendigitalan penyampaian kerajaan akan terus dibudayakan bagi mendepani era kemajuan teknologi seiiring dengan perkembangan dunia digital masa kini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan ICT (MAMPU), Ruvia Sylvester.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular