HomeIsu tempatanTingkat kesedaran tentang keselamatan elektrik

Tingkat kesedaran tentang keselamatan elektrik

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Negeri Sabah (STPBNS) menyeru semua pihak dalam komuniti masyarakat untuk peka dan sedar akan kepentingan untuk mengetahui tentang keselamatan elektrik.

Pemangku Pengarah, Ahmad Azran Mualap berkata, suruhanjaya itu mempunyai peranan utama untuk mengawal selia keselamatan termasuk melindungi orang awam daripada bahaya semasa aktiviti penggunaan elektrik.

“Setiap kali kita dalam aktiviti penggunaan elektrik, kita sebenarnya terdedah kepada risiko bahaya.

“Penting untuk kita semua memandang serius perkara ini dan mengendalikan semua aktiviti penggunaan elektrik, tidak kira dalam kegunaan domestik yang bervoltan rendah atau kegunaan luar yang bervoltan tinggi.

“Kedua-dua keadaan ini menuntut kita untuk berhati-hati, berwaspada, tidak cuai dalam perihal aktiviti elektrik, semak dan saling mengingatkan apa yang boleh dan tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam sebuah seminar yang disertai oleh lebih 40 peserta terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Mereka terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Seminar itu turut dijayakan bersama Energy Commission of Sabah (ECoS) selaku badan kawal selia industri gas berpaip di negeri Sabah.

Menurut Ahmad, program seminar itu dianjurkan untuk memfokuskan dan memberi kesedaran kepada kakitangan awam mengenai keselamatan elektrik.

“Kita mahu mereka peka san sedar akan keperluan u tuk mematuhi Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

“Kita ingin elakkan segala risiko berlakunya kejadian yang tidak ingini kerana risiko kemalangan yang berpunca daripada kecuaian aktiviti penggunaan elektrik mampu meragut nyawa.

“Kita mesti sentiasa memberi peringatan kepada semua, dan perlu diingatkan juga bahawa, aktiviti penggunaan elektrik yang dilakukan perlu mengikut spesifikasi dan aturan yang ditetapkan.

“Semasa dalam aktiviti penggunaan elektrik, pengguna perlu.memastikan punca belakan elektrik, wayar, suis utama, plug bekalan tenaga dan perkakasan yang digunakan adalah sesuai dan diluluskan oleh SIRIM, ada spesifikasi yang diluluskan dan disahkan selamat,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, pihak Suruhanjaya Tenaga akan sentiasa mempromosikan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan untuk memastikan pendawaian elektrik selamat.

“Pendawaian elektrik sangat penting apabila kita bercakap soal aktiviti penggunaan elektrik.

“Kerja-kerja pendawaian elektrik mesti dilakukan oleh pihak yang arif tentangnya dan diperakui mempunyai kemahiran serta kemampuan.

“Kita ingin elakkan masalah dan risiko kemalangan yang berpunca daripada masalah kecuaian dan salah sambung pendawaian, yang kesan akhirnya mampu membawa kerugian nyawa serta harta benda,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular