HomeUtamaHujan Lebat dan Ribut Petir Diramal Berlaku di Hampir Semua Negeri Petang...

Hujan Lebat dan Ribut Petir Diramal Berlaku di Hampir Semua Negeri Petang ini

Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di hampir semua negeri di Semenanjung di sebelah petang ini dan berpotensi berlarutan hingga lewat malam. 

Menurut jurucakap METMalaysia, kawasan pedalaman Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor turut diramal hujan lebat dan ribut petir dan dijangka mampu berterusan sehingga ke lewat malam.

“Keadaan yang sama juga diramal di Sabah dan Sarawak dengan tumpuan di sekitar kawasan pedalaman Sabah, Limbang serta Kapit untuk Sarawak,” katanya. 

MetMalaysia juga berkata, sehingga tengah hari ini, kawasan persisiran pantai timur Semenanjung di Kelantan, Terengganu dan Pahang selain timur Johor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir manakala kebanyakan negeri lain menunjukkan cuaca cerah dan baik.

Beliau berkata, tinjauan cuaca semasa di Sabah dan Sarawak pula menunjukkan ribut petir di beberapa bahagian kawasan di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Betong, Kapit dan Miri yang dijangka berterusan sehingga tengah hari.

“Sabah pula keadaan cuaca cerah dan baik untuk kebanyakan bahagian negeri berkenaan dan ia juga dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya awal petang ini,” katanya

Katanya, bagi tinjauan cuaca sebelah petang pihaknya masih menjangkakan hujan lebat dan ribut petir di hampir semua negeri di Semenanjung terutama sekitar pedalaman negeri berkenaan berpotensi berlarutan hingga lewat malam.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular