HomeUtamaOrganisasi media berperanan pastikan industri kewartawanan di Sabah terus kekal

Organisasi media berperanan pastikan industri kewartawanan di Sabah terus kekal

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Organisasi media memainkan peranan penting dalam memastikan industri kewartawanan di Sabah terus kekal utuh dengan penglibatan generasi muda sebagai pelapis dalam bidang berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia berikutan tidak ramai anak muda ingin menjadikan bidang kewartawanan sebagai pilihan kerjaya kerana antaranya tawaran gaji yang diberikan kurang menarik.

“Saya difahamkan tidak ramai anak muda memilih atau mahu menceburi bidang kewartawanan sebagai kerjaya mereka. Mungkin sudah tiba masanya untuk organisasi media menawarkan gaji dan insentif-insentif yang bersesuaian.

“Ini bagi memastikan lebih ramai generasi muda menyertai bidang kewartawanan ini pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Kinabalu Press Awards (KPA) 2023 di sini semalam.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Pemegang Amanah Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Mantan Presiden SJA, Datuk Joniston Bangkuai serta Presiden Sabah Journalists Association (SJA), Datuk Muguntan Vanar.

Hajiji berkata, beliau percaya penganjuran KPA setiap tahun akan menyuntik semangat kepada semua wartawan untuk terus menghasilkan bahan berita berimpak tinggi dan memberi kesan positif kepada pembaca.

“Majlis ini adalah untuk mengiktiraf pengamal media yang telah menghasilkan karya- karya kewartawanan yang cemerlang.

“Saya melihat penganjuran KPA ini terus relevan dalam memberikan penganugerahan kepada pengamal media di negeri ini. Semoga pengiktirafan malam ini dapat meningkatkan lagi kualiti kewartawanan di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Dr Maria dilantik Pengarah JKNS baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular