HomeUtamaWarga KKR Sabah diseru terus beri khidmat terbaik

Warga KKR Sabah diseru terus beri khidmat terbaik

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Warga Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah diseru untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat semua lapisan masyarakat.

Menterinya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ia bagi memastikan jentera kerajaan dapat bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi yang disusun kerajaan.

“Ekspektasi pelanggan atau rakyat terhadap kementerian ini, hari demi hari semakin tinggi dan keadaan ini sudah tentunya mendesak kita membuat pembaharuan yang berterusan. Ini juga bagi memastikan kita sentiasa dan terus relevan, responsif, berkesan serta ke hadapan. 

“Jadikan budaya kerja yang efisien, berkualiti serta berintegriti dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat untuk bersama-sama menjayakan dasar-dasar kerajaan demi untuk pembangunan dan kesejahteraan semua,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 KKRS, di sini.

Dalam pada itu, Shahelmey turut berharap agar seluruh warga kerja KKRS dan semua jabatan di bawahnya dapat meneruskan kerjasama yang baik dan sentiasa menyokong di antara satu dengan yang lain.

“Permuafakatan ini merupakan faktor yang akan membantu kita dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.

“Justeru itu,marilah kita semua berganding bahu melangkah bersama, membina Negeri ini khususnya dan Negara kita amnya ke arah yang lebih maju, aman dan sejahtera,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan tiga sijil APC KKRS 2022 iaitu dua daripada Kategori Kumpulan Perkhidmatan iaitu Mohd Hasim Abd Hamid dan Daimeh Sampit, manakala bagi Kategori Kumpulan Perkhidmatan Kewangan dan Pembantu Kesetiausahaan Pejabat kepada Azeera Merin.

Hadir sama, Pembantu-pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik, Setiausaha Tetap, Datuk Ridhwan Roger Linus serta Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap, Hassan Mahali dan Jasni Abu Suffyan Omar.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular