HomeSukanTABS Tigers terus ungguli B16 Liga Suparimau

TABS Tigers terus ungguli B16 Liga Suparimau

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Tigers terus mengungguli takhta Liga Suparimau B16 selepas mengharungi enam perlawanan setakat ini termasuk mencapai keputusan seri 1-1 dengan KKFC dalam perlawanan keenam di padang sintetik Kompleks Sukan Likas, di sini semalam.

TABS Tigers mengutip 14 mata menerusi empat kemenangan dan dua kali seri. Mengekori mereka ialah pasukan KKFC dengan mengumpul 13 mata.

Pengurus pasukan, Ali Omboi berkata, pihaknya yakin bahawa pemain-pemain akan terus bersemangat untuk mengharungi baki perlawanan untuk mengekalkan kedudukan teratas.

Katanya, pemain-pemain harus fokus dalam perlawanan berikut bagi memastikan pasukan mencapai keputusan yang baik.

“Kita harap pasukan sentiasa bermain dengan baik untuk mendapatkan kemenangan seterusnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya, Lokman Sunggim hadir sama pada sesi taklimat ringkas dengan pemain-pemain TABS Tigers selepas perlawanan keenam.

Lokman meminta pasukan itu terus fokus menghadapi tiga lagi baki perlawanan bagi membolehkan mereka mengekalkan kedudukan di tangga teratas dan seterusnya menjuarai kategori B16 liga tersebut.

“Beri tumpuan setiap baki perlawanan dan meneruskan momentum kemenangan termasuk apabila bertemu pasukan Rhinos minggu depan,” katanya.

Jurulatih pasukan, Rosyamrin Wasli berharap pemain-pemain sentiasa bersemangat untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

“Dengan semangat yang tinggi selain fokus dalam setiap perlawanan akan memastikan pasukan akan dapat memperoleh keputusan yang baik,” katanya.

Beliau yakin pasukan mampu mengekalkan kedudukan yang baik dalam liga selagi pemain-pemain berjaya mempersembahkan kualiti permainan mereka.

Dua lagi jurulatih dalam TABS Tigers ialah Rosmadih Wasli dan Muhammad Arshad Masulin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

206 peserta Climbathon bakal ‘takluk’ Gunung Kinabalu Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular