HomeUtamaKerjasama erat KKD, Kerajaan Sabah bakal selesaikan isu telekomunikasi

Kerjasama erat KKD, Kerajaan Sabah bakal selesaikan isu telekomunikasi

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama erat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerajaan Sabah bakal menyelesaikan isu pengurusan projek telekomunikasi di negeri ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ke arah merealisasikan komitmen tersebut, pihaknya telahpun mengadakan perjumpaan dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ahli parlimen bertujuan untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang bermasalah dengan lebih pantas.

Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti penyelesaian mengenai masalah internet di pulau-pulau sekitar Sabah.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyampaikan sedikit taklimat kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai status pelaksanaan bagi beberapa projek di bawah KKD termasuk projek jendela yang diuruskan oleh pihak MCMC serta projek Point of Presence (PoP) yang diuruskan oleh KKD sendiri.

“Kita sempat berbincang tentang langkah-langkah yang boleh dan akan diambil oleh KKD untuk segera menyelesaikan masalah internet yang berlaku di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Menara Kinabalu selepas membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di sini semalam.

Fahmi berkata, pihaknya turut memaklumkan bahawa penggunaan starlink serta penyelesaian lain sedang dirangka untuk menyelesaikan masalah internet yang berlaku khususnya di pulau-pulay sekitar Sabah

Katanya, perbincangan juga diadakan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Komunikasi dan Digital Sabah sebagai tanda komitmen KKD untuk membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah internet di Sabah.

“Jadi, saya berharap dengan hubungan yang lebih erat, dengan kerjasama yang lebih jitu, masalah dapat dikenal pasti segera dan bersama-sama kita selesaikan,” katanya.

Turut mengiringi Ahmad Fahmi ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya