HomeEkonomiKarnival Baurung-urung, SAHEX 2023 bantu tingkat ekonomi usahawan tempatan

Karnival Baurung-urung, SAHEX 2023 bantu tingkat ekonomi usahawan tempatan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Karnival Baurung-urung dan Ekspo Halal Sabah (SAHEX) 2023 yang disertai sebanyak 200 pempamer di sini baru-baru ini berjaya membantu meningkatkan ekonomi usahawan di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program seumpama itu juga dilihat dapat memberi pengetahuan kepada pengunjung khususnya golongan muda terhadap kebudayaan suku kaum masyarakat Brunei di Sabah.

“Karnival dan SAHEX yang dianjurkan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) untuk kali kedua tahun ini berjaya membantu para usahawan kecil dan sederhana untuk menjana ekonomi selain dapat memperkenalkan lagi produk serta kebudayaan suku kaum Brunei.

“Program yang dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan Negeri ini akan kita teruskan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Karnival itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini baru -baru ini.

Arifin yang juga Presiden PMBS berkata,  selain pameran jualan, pelbagai kaunter perkhidmatan turut disediakan termasuklah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dan pelbagai agensi Kerajaan lain.

“Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pada penganjuran kali ini adalah pertandingan gambus dan masakan makanan masyarakat Brunei yang berjaya mendapat sambutan dari cawangan-cawangan PMBS seluruh negeri.

“Selain itu, kita juga turut mempamerkan peralatan dan pakaian masyarakat Brunei kepada pengunjung yang hadir,” katanya.

Terdahulu, lebih 10,000 pengunjung direkodkan hadir memeriahkan karnival yang diadakan selama dua hari baru-baru ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan hari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular