HomeIsu tempatanUMS dilantik perunding bagi SMDB 2023/2028

UMS dilantik perunding bagi SMDB 2023/2028

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi anak syarikat UMS Investment Holding Sdn. Bhd. dilantik sebagai perunding bagi Sabah Minerals Development Blueprint (SMDB) 2023-2028.

SMDB 2023 – 2028 dibangunkan sebagai perancangan pembangunan dan strategik sumber mineral di negeri Sabah bagi tahun 2023 hingga 2028.

Menurut Ketua Projek Perunding, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee, projek itu merangkumi kajian secara komprehensif terhadap sumber mineral Sabah, serta mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan dan meningkatkan pembangunan sumber itu.

Katanya, okjektif utama projek itu adalah untuk bekerjasama secara profesional dalam konteks ekplorasi terhadap sumber mineral negeri dan menjadi rujukan kepada kerajaan negeri dalam mengoptimakan sumber galian demi kepentingan Sabah.

“Ia bagi memastikan sumber mineral Sabah dibangunkan secara teratur dan mampan dengan kesan negatif yang minimum terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

“Selain itu, ia juga penting untuk memastikan pembangunan sumber mineral dengan menghasilkan peningkatan kesejahteraan sosio-ekonomi masyarakat setempat serta negeri amnya, selain menggunakan pembangunan sumber mineral untuk menyokong dan mendorong kepada perkembangan dan kepelbagaian aktiviti berasaskan mineral hiliran,” katanya dalam kenyataan.

Majlis penyerahan surat lantikan tersebut diadakan di Ibu Pejabat Sabah Mineral Management Sdn. Bhd, Plaza Shell Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Tambah Rodeano, melalui pelaksanaan syor-syor yang terkandung di dalam blueprint tersebut, Sabah diharap akan dapat mencapai visi untuk menjadi salah sebuah negeri perlombongan perdana di Malaysia.

“Blueprint ini akan meningkatkan sumbangan KDNK sektor mineral, pembuatan, pembinaan dan sosio-ekonomi selain menetapkan semula status Sabah sebagai pengeluar utama sumber mineral tertentu, dan membangun serta mencipta nilai optimum daripada potensi sumber mineral yang ketara untuk manfaat semua pihak berkepentingan di seluruh rantaian industri.

“Ia akan menjadikan Sabah mampu membangunkan bakat bertaraf dunia yang diperlukan, menjadi pusat kecemerlangan mineral pengetahuan dan pengurusan sumber, mewujudkan tapak warisan perlombongan dan geosaintifik bertaraf dunia untuk mempromosikan bidang pelancongan serta menjadikan Sabah menjadi pemain kelas dunia dalam sektor sumber mineral berasaskan mineral pelaburan di luar negara,” tambah beliau.

Pada majlis itu juga, UMS Investment Holding Sdn. Bhd yang diwakili oleh Francis Vincent Arifin dan Jotih Enggihon yang mewakili Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. menandatangani ‘Consultant Service Agreement (CSA)’.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Vilina Passon John dan Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS, Profesor Dr. Jualang Gansau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular