HomePolitikParti Gagasan Rakyat Sabah adakan Persidangan Agung Tahunan di SICC, 13 Nov...

Parti Gagasan Rakyat Sabah adakan Persidangan Agung Tahunan di SICC, 13 Nov ini

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan pertamanya pada 13 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Hajiji Noor di Pejabat Gagasan Rakyat di sini hari ini.

“Kita telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah, di dalam mesyuarat tersebut kita memutuskan akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan yang pertama pada 13 November ini di SICC.

“Dianggarkan lebih 2000 perwakilan dan pemerhati daripada semua 73 bahagian dan juga Labuan yang akan menghadiri persidangan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, berpuashati dengan persiapan yang telah dibuat untuk mengadakan persidangan itu.

“Persiapan-persiapan telah pun kita buat, saya amat berpuas hati, sebelah paginya persidangan tahunan ini akan diadakan bagi sayap-sayap parti, Gerakan Pemuda, Wanita, Belia dan Beliawanis, manakala sebelah petangnya ialah program parti, jadi saya berharap ianya akan berjalan dengan lancar.

“Ini akan menunjukkan bahawa Gagasan Rakyat sebuah parti dalam naungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bersidang pada 13 November ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji memaklumkan Gagasan Rakyat menyasarkan seramai 300 ribu keahlian sehingga hujung tahun ini.

“Kita menyasarkan sehingga hujung tahun ini 300 ribu orang keahlian tetapi yang berdaftar secara rasminya dalam persidangan ini ialah 236 ribu orang ahli, jadi menjelang bulan Disember ini kita akan dapat 300 ribu ahli baharu,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya