HomeIsu tempatanPemandu Perodua Kancil parah, kenderaan dilanggar bas ekspress

Pemandu Perodua Kancil parah, kenderaan dilanggar bas ekspress

Read Time:1 Minute, 16 Second

RANAU: Seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan parah selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya dilanggar oleh sebuah bas express dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Kilometer 12 Jalan Ranau -Telupid pada Jumaat (3 Nov).

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, kejadian kemalangan berlaku lebih kurang jam 11.15 pagi pada Jumaat, hasil siasatan awal mendapati bas express tersebut dalam perjalanan daripada Sandakan menuju ke Kota Kinabalu, manakala Perodua Kancil dipandu dari arah Kampung Nabutan menuju ke Kampung Nalapak.

“Pemandu bas express seorang lelaki tempatan berumur awal 60-an dipercayai memandu bas secara cuai dengan memotong di kawasan garisan berkembar sebelum melanggar sebuah Perodua Kancil yang masuk ke Simpang Kg.Nalapak sebelah kanan jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu Perodua Kancil iaitu seorang perempuan tempatan berumur awal 30-an telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Simiun, mangsa yang parah itu seterusnya dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Sementara pemandu bas express bersama 26 orang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ssehubungan dengan itu, Simiun turut menasihatkan pengusaha dan pemandu bas express supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas ketika berada diatas jalanraya.

“Pastikan memandu dalam keadaan berhati-hati dan perlahankan kenderaan terutama di kawasan sekolah, klinik dan juga kawasan perkampungan.

“Elakkan daripada memandu secara melulu dan bahaya serta tingkatkan
keselamatan di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, penumpang serta orang awam yang berada berdekatan dengan jalan raya,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular