HomeUtamaSMK Pamol harumkan nama menerusi penghasilan produk inovasi ESL

SMK Pamol harumkan nama menerusi penghasilan produk inovasi ESL

Read Time:1 Minute, 38 Second

Semporna : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di sini berjaya mengharumkan nama menerusi penghasilan produk inovasi EcoBright Solar Lamps (ESL) pada pertandingan InoBorneo 2023 pada awal Oktober lalu.

Pertandingan itu dianjurkan bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengetua SMK Pamol Sanaleh Daud berkata, produk inovasi ESL itu ialah sejenis lampu yang dihasilkan daripada botol kitar semula dengan menggunakan tenaga solar untuk membekalkan tenaga elektrik.

Katanya, objektif ciptaan ESL itu ialah untuk membantu menyelesaikan masalah di kawasan pedalaman yang menghadapi masalah bekalan tenaga elektrik selain dapat meminimumkan masalah pemanasan global di Malaysia dengan penggunaan tenaga solar.

“Pembinaan ESL juga berdasarkan konsep 3R iaitu (reduce, reuse dan recycle) dengan mengitar semula botol plastik untuk dijadikan lampu. Model ESL ini terdiri daripada satu lapisan botol yang direnyukkan untuk membina sudut tuju pantulan dalam penuh cahaya.

“Ianya juga diisi dengan air bercampur 70g garam untuk menambah ketumpatan medium kerana keamatan cahaya di dalam botol plastic akan meningkat.

“ESL ini telah diletakkan di jambatan Kampung Pamol dan juga Pagar utama sekolah. Sekolah ini juga merancang untuk menggunakan ESL sebagai lampu dekorasi di gerbang utama sekolah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Produk inovasi ini dihasilkan oleh lima pelajar iaitu Shymelysney Mooney, Susanna Qwek San San, Siti Rafbiyatul Adawiyah Josmin, Margarcesybell Safrese dan Muhammad Roufieq Romena Nasir.

Kejayaan ini adalah hasil bimbingan beberapa guru antara Cikgu Siti Noraini, Cikgu Tajudin, Cikgu Zulkarnain, Cikgu Faris, Cikgu Shafikah dan disokong penuh oleh Dr Nancy Ng Yut Kuan (Pegawai SISC+ Unit Sains dan Matematik PPD Beluran), Marius Salungin (GPK Pentadbiran) dan Ahmad Qusyairi Ibrahim (GPK Kokurikulum) SMK Pamol.

Pertandingan InoBorneo 2023 ini disertai oleh kira- kira 152 penyertaan daripada seluruh Malaysia dan SMK Pamol berani menyahut cabaran untuk menyertainya walaupun sekolah ini merupakan sekolah pedalaman yang lebih kurang 106km daripada pekan Beluran.

Lebih membanggakan lagi, pasukan inovasi sekolah ini akan menjadi wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa pada pertandingan Asean Pacific Conference Young Scientists (APCYS), Hermosillo Mexico 2023 yang dilaksanakan secara atas talian.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular