HomeUtamaKembalikan Labuan kepada Sabah jika kuasa ekonomi tidak dibangunkan

Kembalikan Labuan kepada Sabah jika kuasa ekonomi tidak dibangunkan

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan meminta Kerajaan mengembalikan pentadbiran Wilayah Persekutuan Labuan kepada Sabah jika kuasa ekonomi pulau bebas cukai itu tidak dibangunkan.

Katanya, ekonomi pulau itu dilihat turut terjejas apabila Kerajaan Pusat memindahkan aktiviti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ke Bintulu.

“Pulau Labuan ini sekarang boleh katakan bukan lagi satu kawasan bebas cukai tetapi hanya dua tiga kedai sahaja dilihat sebagai tarikan selain aktiviti PETRONAS dipindahkan daripada Labuan ke Bintulu.  Ini telah menjejaskan ekonomi Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Dewan Rakyat semalam.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, tujuan asal Labuan di wilayahkan adalah untuk merancakkan lagi ekonomi selain membangunkan kawasan berkenaan,

Selain itu katanya, tujuan lain juga termasuklah mahu mengekalkan status Labuan sebagai pulau bebas cukai namun kini ianya telah terjejas termasuk ekonomi penduduk setempat.

“Justeru, bolehkah janji itu ditunaikan atau Labuan dikembalikan kepada pentadbiran Sabah dan saya minta supaya PETRONAS kembalikan  aktiviti mereka di Pulau Labuan.

“Selain itu, ini juga menyukarkan untuk kita (pentadbiran Sabah) menentukan status Labuan untuk Sabah memungut cukai jualan negeri (CJN),” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA SOSIAL

RELATED ARTICLES
Utama

Empat perkara berkaitan MA63 belum memperoleh sebarang persetujuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular