HomeGaya hidupSearch, Wings, A.C.A.B, Butterfingers & Hujan gegarkan pentas di Borneo Rock Festival...

Search, Wings, A.C.A.B, Butterfingers & Hujan gegarkan pentas di Borneo Rock Festival 2023

Read Time:2 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Mengangkat tema Budaya Popular Dan Kontemporari, ada banyak perkara yang mengujakan terhadap penganjuran Borneo Rock Festival 2023.

Borneo Rock Festival 2023 bukan hiburan semata-mata. Bukan hanya menjadi medan pengunjung hadir untuk berhibur dengan ‘bingit’ dan pulang tanpa meninggalkan impak dan momen terbaik. Begitu harapan besar daripada penganjur, Imika_culture.

Namun di Borneo Rock Festival 2023 yang direncana berlangsung pada 30 Disember 2023 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pengunjung akan mendapat pengalaman dan ilmu baharu yang tidak pernah diperoleh dalam penganjuran lain.

Di Borneo Rock Festival 2023, penganjur mewarnai ia dengan gabungan pelbagai jenis seni sekali gus mengangkat budaya unik Sabah yang barangkali kurang diberi perhatian sebelum ini.

“Selaku penganjur kami sangat berbesar hati untuk merangkumkan antara seni dan budaya lalu membawa tema Budaya Popular Dan Kontemporari dalam Borneo Rock Festival 2023.

“Kami mahu Borneo Rock Festival bukan hanya menjadi pesta yang dianjurkan dan mudah dilupakan tetapi mahu menjadi tanda aras terhadap penganjuran festival yang bukan hanya meletakkan hiburan semata-mata tapi perlu memberi ilmu juga tentang seni dan budaya masyarakat setempat.

“Harapan kami agar Borneo Rock Festival 2023 mencapai matlamat sekaligus boleh diteruskan penganjurannya pada masa akan datang sebagai medium buat generasi masa kini menikmati hiburan berkelas,” ujar Dato’ Abdul Rahim dari Imika_culture.

Oleh yang demikian, Borneo Rock Festival 2023 menampilkan 30 band terkenal yang akan membuat objektif penganjuran festival ini mencapai matlamat.

Search, Wings, A.C.A.B, Hujan, Butterfingers menjadi tarikan utama Borneo Rock Festival 2023.

“Sesuai konsep Borneo Rock Festival 2023, kami bawakan band-band ikonik bagi mewakili generasi muzik penggemar.

“Search dan Wings adalah dua kugiran gergasi yang rasanya ‘berdosa’ untuk tidak dijadikan line up utama Borneo Rock Festival.

“Kami juga membawakan the one and only Butterfingers dan the legendary A.C.A.B khusus buat fanatik mereka di Borneo.
Hujan pula sudah punya berlapis generasi peminat dan tentu saja nama mereka juga besar di sini,” katanya.

Vokalis Search, Amy, menyifatkan penganjuran Borneo Rock Festival 2023 sebagai inisiatif yang cukup baik daripada anak tempatan dalam menyatukan seni serta budaya untuk dihayati oleh pengunjung.

“Search sangat tertarik dengan konsep Borneo Rock Festival 2023 yang bukan hanya mengangkat muzik rock sebagai ‘jualan utama’ tapi juga memberi peluang kepada band lokal dan komuniti seni serta budaya yang ada.

“Apa lagi melihat geng line up seperti Wings, A.C.A.B, Butterfinger dan Hujan, tentu Search berasa terhormat untuk menghiburkan terutama buat peminat di Borneo,” ujar Amy.

Bersama dengan enam band tersohor ini, Borneo Rock Festival 2023 tidak akan lengkap tanpa persembahan anak-anak lokal.

Maka Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain akan menambah kehangatan Borneo Rock Festival 2023.

Selain itu, di festival ini juga pengunjung boleh menikmati pelbagai keseronokan lain termasuk pameran permotoran, pengalaman menonton wayang pacak, menyertai pertandingan memasak serta menikmati kraf tempatan.

Dan tempah tiket anda, General (Early Bird – RM79), (Normal – RM99), Rock Zone (Early Bird – RM99), (Normal – RM129) serta RM300 untuk Grandstand.

Dapatkan segera tiket menerusi www.ilassotickets.com atau hubungi talian hotline +6011 1329 7822.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya