HomePendapatPedagogi Sukar Cetus Idea Teknik Mengajar Kepada Guru Sekolah Penjara, Sekolah Dalam...

Pedagogi Sukar Cetus Idea Teknik Mengajar Kepada Guru Sekolah Penjara, Sekolah Dalam Hospital Dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Read Time:3 Minute, 0 Second

Oleh Norani Abd Rahim

PENGALAMAN bersama-sama guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH), Sekolah Dalam Penjara (SDP) dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ketika mengendalikan Bengkel Kerja Modul Latihan Pedagogi Sukar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sekolah Dalam Hospital dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kementerian Pendidikan Zon Sabah dan Sarawak serta Zon Semenanjung baru-baru ini cukup menginsafkan.

Bidang tugas mereka sangat terikat dengan peraturan dan undang-undang, emosi yang meruntun hati, hati yang cekal dan berhadapan dengan murid yang menghadapi dugaan hidup. Guru-guru ini perlu menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu baik pedagogi mahupun psikologi.

Suasana pembelajaran di kelas Sekolah Dalam Hospital.
Cikgu Noorzazila Bohari, guru Bahasa Inggeris di Sekolah Dalam Hospital, Hospital Selayang.
Peserta dalam kalangan guru Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Dalam Penjara dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih bersama-sama Dr. Yazid Abdul Manap, Timbalan Rektor, Pusat Pembangunan Latihan, Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa majlis penutupan bengkel.

Dalam keadaan murid yang terlantar di katil wad dan tidak boleh bangun, guru turut berbaring di sisi untuk mengajar. Dalam keadaan yang tegas dengan peraturan dan undang-undang, guru SDP pula mengajar dengan bahan bantu yang sangat terhad.

Membawa masuk telefon pintar tidak dibenarkan, apatah lagi bahan bantu mengajar(BBM) maujud yang pelbagai bentuk mencakupi teknologi multimedia. Malah seboleh-bolehnya Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kreatif dilaksanakan tanpa membawa bahan dari luar menjadi pilihan utama guru-guru ini.

Semua ini memerlukan kreativiti khusus dan luar biasa guru bagi memastikan murid di sekolah-sekolah ini mendapat pembelajaran yang bermakna.

Betapa bersyukurnya mereka apabila guru-guru ini mengenali Pedagogi Sukar yang memperkenalkan teknik bersesuaian dan menjadi solusi mengikut situasi kesukaran yang dihadapi. Pedagogi Sukar merupakan solusi kaedah dan teknik dalam penyampaian pedagogi guru yang berhalangan, menerusi 77 kaedah dan teknik Pedagogi Sukar ini telah berjaya dihasilkan oleh gabungan Pensyarah Cemerlang dan Guru Cemerlang seluruh negara.

Antara halangan dan cabaran yang dihadapi termasuklah pemahaman isi kandungan, infra dan infostruktur, peraturan dan undang-undang, intrapersonal, kurang minat belajar, komuniti serta bahasa, etnik dan budaya.

Ketika memulakan pembangunan idea kaedah dan teknik Pedagogi Sukar ini, Lazimnya, mereka menggunakan apa-apa sahaja bahan yang ada di persekitaran kelas ketika mengajar. Apabila diperkenalkan teknik-teknik Pedagogi Sukar, memberikan
semangat untuk terus memberikan idea yang boleh dipraktikkan di dalam kelas. Ciri-ciri teknik dalam Pedagogi Sukar yang menggunakan bahan bantu yang dibenarkan
dan sesetengahnya menggunakan olah tubuh sahaja menjadi faktor menarik untuk mengajar.

Sekolah Dalam Penjara terdiri daripada dua jenis sekolah yang menyediaka peluang untuk meneruskan persekolahan di Jabatan Penjara Malaysia, iaitu
Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti.

Boneka dikenali Jessica digunakan untuk menjayakan simulasi ‘Danger Room’ menerusi topik ‘pembunuh misteri’. Siapa pembunuh Jessica dan kenapa dia dibunuh?

Sekolah Henry Gurney menempatkan para penghuni yang dijatuhkan hukuman di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 oleh Mahkamah Juvana, manakala, Sekolah Integriti pula menempatkan banduan muda yang menjalani hukuman di penjara di bawah perintah mahkamah selain dari Mahkamah Juvana.

Sementara itu, bagi cikgu Mohd Zafrol Abdullah yang juga Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih turut berkongsi kisah sekolahnya yang berkonsepkan kasih sayang, ceria dan mengikut keperluan masa depan iaitu kemahiran dan kini sudah melahirkan pelajar yang berjaya dalam akademik.

Cikgu Mohd Zafrol Abdullah

Murid di SBJK ini kebanyakannya kanak-kanak tanpa dokumen, tiada warga negara dan juga golongan rentan yang berada sekitar Chow Kit atau Kuala Lumpur. Mereka ini diberikan didikan walaupun belum disahkan dokumen agar mereka tidak tercicir dalam pendidikan.

Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Latihan Pedagogi Sukar bagi Guru SDH, SDP dan SBJK telah dirasmikan oleh Dr. Yazid Abdul Manap, Timbalan Rektor, Pusat Pembangunan Latihan, Institut Pendidikan Guru Malaysia.

(Penulis, Norani Abd Rahim adalah Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur).

RELATED ARTICLES
Pendapat

Masalah generasi muda perlu pendekatan menyeluruh, merentasi seluruh agensi Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya