HomeUtamaSabah harap kerjasama dalam pelbagai bidang dapat dilaksanakan dengan Jepun

Sabah harap kerjasama dalam pelbagai bidang dapat dilaksanakan dengan Jepun

Read Time:1 Minute, 25 Second

Tambunan : Kerajaan Sabah berharap lebih banyak program kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk berkaitan sains dan teknologi dapat dilaksanakan bersama negara Jepun.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan mencari jalan untuk menjalin hubungan kerjasama dari pelbagai sudut termasuk pertukaran kemahiran.

“Kita berharap program yang diadakan ini akan dapat membuka jalan hubungan kita dengan Jepun dari bidang-bidang lain termasuk bidang sains dan teknologi.

“Saya harap kita dapat mencari jalan bagaimana untuk menjalin hubungan ini dari sudut pendidikan, pertukaran kemahiran selain memperkasa sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pameran seni Lukis kanak-kanak Malaysia – Jepun 2023 di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tambunan di sini semalam.

Arifin berkata, hasrat untuk menjalin kerjasama itu berdasarkan negara itu (Jepun) merupakan satu negara yang berada dihadapan dalam bidang STEM.

Terdahulu, pameran seni lukis kanak-kanak Malaysia-Jepun itu telah diadakan sejak tahun 2001 di daerah Tuaran dan pada tahun ini, daerah Tambunan telah dipilih untuk mengadakan pameran ini.

Majlis itu merupakan bukti jelas akan keberhasilan kerjasama antara NPO Corporation MAY Asaka Center (MAY Library), Perpustakaan Negeri Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara Malaysia dan Jepun.

Arifin ketika berucap berkata, pameran itu tidak hanya menyentuh hati dengan keindahan karya seni kanak- kanak, tetapi juga membawa mesej penting kepada semua iaitu persahabatan dan kesefahaman adalah kunci utama kepada keamanan antara dua negara ini.

“Ia turut sejajar dengan tema pameran ini iaitu ‘Friendly Relationship Through Pictures’ yang begitu relevan dan bermakna serta mengingatkan kita bahawa kesefahaman dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun adalah aset yang berharga dan perlu dipelihara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular