HomeIsu tempatanIni tanggungjawab kita, gembira bantu yang memerlukan - Almudi

Ini tanggungjawab kita, gembira bantu yang memerlukan – Almudi

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : “Ini tanggungjawab kita sebagai orang sihat untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan bekalan darah,” kata Almudi Eskal,47.

Almudi yang telah menderma darah sebanyak 197 kali sejak berusia 18 tahun mengakui rasa syukur dan gembira apabila dapat membantu para pesakit yang memerlukan bekalan darah khususnya di hospital.

Katanya yang juga penderma aktif dibawah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di sini sebelum ini pernah menjadi penderma di bawah Pusat Darah Negara.

Almudi Eskal

“Saya mula menderma dari usia 18 tahun hinggalah sekarang dan saya adalah penderma aktif dibawah HWKKS.  Sebelum ini juga saya pernah menjadi penderma aktif dari Pusat Darah Negara.

“Program seumpama ini banyak kelebihannya dimana kita sudah tentu dapat membantu para pesakit yang memerlukan bantuan bekalan darah.

“Justeru saya menyeru kepada rakyat Malaysia terutama di Sabah untuk sama-sama komited dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan darah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menderma darah pada Kempen Derma Darah di Centre Point di sini semalam.

Kempen itu dianjurkan bersama Centre Point Sabah (CPS) dan Lions Club of KK Mandarin.

Pada kempen itu, sebanyak 1,132 pain darah berjaya dikumpulkan dengan melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sekitar ibu negeri.

Turut sama pada kempen itu ada Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1; HQE 2; HWKKS dan Hospital Tuaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular