HomePolitikBeliawanis Gagasan Rakyat semakin diterima kelompok wanita muda Sabah

Beliawanis Gagasan Rakyat semakin diterima kelompok wanita muda Sabah

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Sayap Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berjaya merekodkan keahlian seramai 52,000 orang sepanjang lebih kurang tujuh bulan parti tempatan itu ditubuhkan.

Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Datuk Martin Idang berkata, jumlah itu membuktikan sayap parti itu semakin diterima dan dipercayai oleh kelompok wanita muda di Negeri Sabah

Beliau turut yakin sayap pergerakan beliawanis itu akan menjadi platform pilihan utama dalam agenda pemerkasaan wanita muda di Sabah tidak kira di kawasan-kawasan pedalaman mahupun di bandar.

“Dalam kesibukkan kita mengejar jumlah keahlian, janganlah kita leka dan beranggap bahawa ‘semuanya okay sahaja’. Tidak sama sekali rakan- rakan sekalian. Jika kita melihat analisa terkini, kaji selidik di Malaysia menunjukkan bahawa anak-anak muda dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun suda muak dengan politik di negara kita.

“Kurangnya pengetahuan serta kesedaran tentang politik mereka sangat ketara apabila undi mereka dipengaruhi oleh keluarga atau kenalan-kenalan terdekat. Saya pernah bertanya dengan seorang remaja apabila berada di pusat daerah mengundi yang tidak segan memberitahu saya calon yang akan diundi, ‘kenapa undi dia’, jawapan dia, ‘muka baru, penat suda sia tengok orang tua semua ini.’., katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Sayap Beliawanis Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Emmie berkata, sayap parti itu juga menyeru semua ahli untuk bersama-sama pimpinan parti dan Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti langkah intervensi yang sebaiknya bagi mengatasi masalah pengangguran khususnya di negeri ini.

“Sebagai contohnya, Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM4.2 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) untuk tahun 2023 bagi melaksanakan pelbagai program dan projek terutamanya berkaitan pembangunan wanita di Negeri Sabah.

“Kita perlu pastikan agar komposisi wanita muda juga tidak keciciran di dalam program-program yang telah dirangka ini berlandaskan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Ramai lagi wanita-wanita muda di luar sana yang masih tidak cakna berkaitan peluang untuk mereka menceburi sektor perniagaan dan keusahawanan,” katanya.

Sementara itu, Emmie juga mahu program beliawanis di peringkat bahagian dan cawangan dapat dilaksanakan dan terkait sama dengan program bersifat ilmiah, pembentukan jati diri serta perkongsian pengalaman bagi memastikan wanita-wanita muda ini mendapat panduan dan bimbingan yang diperlukan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Datuk Suhaimi didasari emosi, bukan fakta sebenar – Nizam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular