HomeSukanTABS bolot semua hadiah 'Grassroot Power Shooter Tournament 2023'

TABS bolot semua hadiah ‘Grassroot Power Shooter Tournament 2023’

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya mencipta kejayaan cemerlang dengan merangkul semua hadiah termasuk juara, naib juara dan tempat ketiga bawah 10 tahun Kejohanan akar umbi Power Shooter 2023 (Grassroot Power Shooter Tournament 2023) di padang SAGA di sini, kelmarin.

Pasukan TABS A mengalahkan TABS B 2-0 pada perlawanan akhir untuk menjuarai kejohanan itu, sekali gus membolehkan TABS B memenangi naib juara. Manakala dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, pasukan TABS C menewaskan Old KK 1-0

TABS Safa Bandaraya menghantar tiga pasukan untuk bertanding kategori umur tersebut yang disertai 13 pasukan termasuk dari sekitar Pantai Barat, Kota Belud dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tiga pasukan tersebut dibawah kendalian jurulatih Fazizul dan Ronny serta dibantu Nana dan Abam. Mereka dibawah pemantauan ketua jurulatih Matasan Ahmad.

Dalam kategori umur bawah lapan tahun, TABS Safa Bandaraya menduduki tempat ketiga. Juara dimenangi pasukan AT KK dan AT Kota Belud menduduki naib juara.

Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya, Lokman Sunggim berkata, pencapaian itu membuktikan bimbingan dan latihan yang baik di peringkat awal mampu melahirkan bakat-bakat di kalangan kanak-kanak dalam sukan bola sepak.

Katanya, program pembangunan bola sepak akar umbi sangat penting untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk terus mengembangkan bakat mereka.

“Biarlah kita bermula dari bawah agar bakat-bakat muda ini dapat dikenal pasti dan seterusnya dapat digilap bakat mereka,” katanya ketika ditemui di sini selepas hadir menyaksikan kejohanan akar umbi itu.

Menurut beliau, TABS Safa Bandaraya ketika ini hanya mengendalikan program pembangunan bola sepak membabitkan pemain-pemain berumur seawal enam tahun hingga 17 tahun.

Beliau berharap pemain-pemain yang dihasilkan melalui program pembangunan yang dijalankan mampu meneruskan kesinambungan bakat masing-masing khususnya melalui SAFA sama ada di peringkat daerah mahu pun negeri agar pemain yang berpotensi dapat melangkah lebih jauh. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular