HomeIsu tempatanStatus SMK Nabalu kini di peringkat prabina

Status SMK Nabalu kini di peringkat prabina

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kuala Lumpur: Status pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu setakat Oktober 2023 adalah pada peringkat prabina dan dijangka untuk diiklan tender pada Oktober 2025.  

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu jawapan bertulis di persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini.

“Pelaksanaan projek telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia untuk dilaksanakan secara kaedah reka dan bina.

“Pihak JKR telah melaksanakan kerja-kerja awalan di tapak dan dalam peringkat penyediaan reka bentuk bagi persediaan iklan tender projek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, pembinaan bangunan baharu SMK Nabalu yang dilengkapi 18 bilik darjah telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan Tahun 20203 dengan peruntukan sebanyak RM110 juta. 

Dalam perkembangan berkaitan, Madius berkata, KPM mengambil maklum cadangan beliau tentang reka bentuk pembinaan sekolah menengah baharu iaitu SMK Laya-Laya, Tuaran.

“KPM akan meneliti kaedah reka bentuk dan pelaksanaan projek SMK Laya-Laya bersama-sama agensi teknikal bagi mengelakkan sekolah daripada terkesan akibat banjir.

“Sementara itu, KPM menjelaskan bahawa semakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah mendapati Sekolah Kebangsaan (SK) Laya-Laya Tuaran tidak diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko banjir. 

“Walau bagaimanapun, KPM sentiasa meneliti dari semasa ke semasa, dan sekiranya ada pengesahan daripada agensi teknikal dan terdapat keperluan untuk pembinaan baru gantian di tapak baharu, permohonan akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT),” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular