HomeUtamaHujan berterusan di Sabah dijangka berlaku sehingga 22 November - MetMalaysia

Hujan berterusan di Sabah dijangka berlaku sehingga 22 November – MetMalaysia

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta Sabah dijangka akan berlaku sehingga 22 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan itu adalah berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luruan monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.

MetMalaysia turut menjangka dalam tempoh berkenaan, angin kencang dan laut bergelora berlaku di Laut Cina Selatan.

“MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga 18 November ini.

“Manakala, bagi Pahang dan Sabah pula berkuat kuasa pada 17 hingga 19 November ini.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 21 November ini,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia juga menjangkakan hujan berserta ribut petir berpotensi berlaku di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung serta utara dan tengah Sarawak pada sebelah petang hingga malam.

Susulan itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang MetMalaysia dan semua sosial media serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang sahih dan terkini.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular