HomeIsu tempatan((VIDEO))-Komputer, buku teks rosak selepas bumbung sekolah terbang dipukul ribut

((VIDEO))-Komputer, buku teks rosak selepas bumbung sekolah terbang dipukul ribut

Read Time:1 Minute, 48 Second

Beaufort : Bumbung bangunan sebuah sekolah rendah di sini mengalami kerosakan teruk selepas diterbangkan angin kencang petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, bumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Lupak, di sini, diterbangkan angin ketika hujan lebat yang disertai angin kencang mengakibatkan berlaku kerosakan dengan anggaran sebanyak RM100,000.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ruslan Muharam yang meninjau sekolah itu pagi tadi berkata, beberapa peralatan komputer termasuk buku teks rosak akibat terkena hujan.

Ruslan melihat sebahagian peralatan komputer yang rosak

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sudah diminta untuk menyalurkan peruntukan segera bagi melaksanakan pembaikan, selain beliau sendiri akan membantu apa yang perlu.

“Bumbung sekolah SK Lupak diterbangkan angin kencang pada jam 4 petang semalam menyebabkan kerosakan yang agak serius membabitkan komputer dan buku teks yang basah terkena hujan dengan anggaran kerosakan sebanyak RM100,000.

Buku teks yang rosak

“Kita berharap Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah dapat mempercepatkan peruntukan untuk kerja baik pulih segera sekolah ini kerana ia menbabitkan kelas pembelajaran. Kalau kita tidak disegerakan pembaikan, ia akan mengakibatkan anak-anak kita mengalami kerugian dalam pembelajaran.

“Jadi kita berharap peruntukan segera dapat disalurkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort dan saya juga akan bincang apa yang perlu untuk dibantu,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu bumbung tercabut ditiup angin kencang itu membabitkan sederet bangunan kayu yang menempatkan beberapa bilik darjah dan kemudahan komputer sekolah.  Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan atau kecederaan akibat kejadian itu.

Sebahagian atap yang diterbangkan angin kencang

Sementara itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, berkata kejadian angin kencang yang menerbangkan bumbung bangunan itu adalah yang kedua dalam tempoh dua minggu di kawasan berkenaan.

“Dua minggu lalu di kawasan Kampung Lupak juga beberapa kerosakan membabitkan surau, pra sekolah dan rumah penduduk kampung dilaporkan berlaku akibat angin kencang.

“Berikutan keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini, lebih-lebih lagi dengan adanya amaran Monsun Timur Laut (MTL), kita berharap agar semua berwaspada sepanjang masa terhadap kemungkinan bencana seperti angin kencang dan banjir,” katanya.

Struktur bangunan kayu sekolah itu yang kini berusia lebih 40 tahun sudah uzur dan perlu diganti dengan bangunan baharu yang lebih selamat dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular