HomeUtamaKehadiran anggota keselamatan di ESS Zone beri keyakinan kepada pengunjung

Kehadiran anggota keselamatan di ESS Zone beri keyakinan kepada pengunjung

Read Time:1 Minute, 37 Second

Semporna : Kehadiran ramai pelancong asing dan tempatan ke Semporna memberi keyakinan kepada pengunjung terhadap tahap keselamatan di daerah ini dan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) keseluruhannya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ini terbukti menerusi statistik kemasukan pelancong tempatan dan luar negara ke daerah ini mencecah sehingga 377,717 orang sehingga Oktober lalu.

Arifin mencuba demonstrasi memadam api

“Kecantikan pulau-pulau yang terdapat di Semporna ini sangat menakjubkan dan setanding dengan destinasi pelancongan yang terdapat di luar negara yang sering kita lihat di kaca televisyen mahupun sosial media.

“Kehadiran ramai pelancong dalam dan luar negara ini juga adalah disebabkan oleh tahap kepercayaan masyarakat bahawa daerah Semporna dan ESSZone ini selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak ESSCOM 2023 @ Semporna di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Balimbang Pulau Bum Bum di sini kelmarin.

Arifin berkata, perkara itu turut diakui Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Huang Shifang  yang turut menyatakan kepuasan hati para pelancong China ke Sabah khususnya ESSZone semasa kunjungan hormat kepada Komander Eastern Command, Datuk Victor Sanjos sekitar Ogos lalu.

Arifin ketika melawat pos kawalan ESSCOM di Pulau Mabul

“Untuk itu, terima kasih diucapkan sekali lagi kepada ESSCOM dan seluruh pasukan keselamatan yang bertungkus lumus memastikan kesejahteraan di ESSZone ini dalam situasi terkawal.

“Saya yakin, kehadiran melalui operasi-operasi keselamatan yang dikoordinasikan oleh ESSCOM atau ‘show of presence’ yang kerap turut menyumbang kepada peningkatan rasa selamat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

“Kita tidak nafikan ancaman jenayah rentas sempadan sentiasa wujud namun saya yakin dengan kewibawaan ESSCOM dan pasukan keselamatan, ditambah pula dengan kerjasama daripada masyarakat di ESSZone, rekod sifar insiden penculikan sejak 15 Januari 2020 dapat terus dikekalkan,” katanya.

Arifin berkata, perkembangan itu juga merupakan satu trend yang sangat positif untuk pembangunan industri pelancongan di Sabah khususunya selepas pasca-pandemik COVID-19.

Katanya, kemasukan pelancong ke daerah Semporna secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti di Daerah Semporna. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Sabah harap 60 peratus menara telekomunikasi siap dipasang hujung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular