HomePolitikPBS, STAR capai kata sepakat mulakan perbincangan rasmi wujudkan persefahaman & kerjasama

PBS, STAR capai kata sepakat mulakan perbincangan rasmi wujudkan persefahaman & kerjasama

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah mencapai kata sepakat untuk memulakan perbincangan rasmi pengwujudan persefahaman dan kerjasama diantara kedua-dua parti.

Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki dan Setiausaha Agung STAR Datuk Edward Linggu hari ini, kerjasama itu berdasarkan kepada asas-asas iaitu untuk menyahut seruan akar umbi yang ingin melihat kedua-dua parti menjalinkan kerjasama jitu dan mampan demi perpaduan rakyat berbilang kaum.

“Sebagai kesinambungan kepada cadangan yang menjurus kepada usaha di atas sebelum PRN pada 2020

“Selain itu, kerjasama itu juga untuk memperkukuhkan lagi kekuatan dan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Dalam kenyataan itu juga menjelaskan bahawa kata sepakat untuk memulakan perbincangan rasmi ini dicapai dalam pertemuan diantara pemimpin kedua-dua parti pada 15 November 2023.

“Kedua-dua parti telah memberi amanah kepada lima pemimpin untuk mewakili parti masing-masing dalam perbincangan itu.

“PBS akan diwakili oleh Setiausaha Agung Datuk Julita Majungki, Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai, Ketua Pergerakan Wanita Datin Malianah Ugau dan Ketua Pergerakan Pemuda Christoper Mandut.

“Manakala Parti STAR diwakili oleh Naib Presiden/Pengarah Strategik Dr Paul Porodong, Setiausaha Agung Datuk Edward Linggu, Ketua Penerangan Datuk Jalumin Bayogoh, Ketua Pergerakan Wanita Datuk Flovia Ng, dan Ketua Pergerakan Pemuda Kong Soon Choi.

“Mesyuarat rasmi pertama akan diadakan dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Sahkan Tahan 2 individu Cuba Ceroboh Istana Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular