HomeUtamaPesara perlu bijak isi masa dengan aktiviti kemasyarakatan

Pesara perlu bijak isi masa dengan aktiviti kemasyarakatan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Para pesara khususnya yang terlibat dalam bidang pendidikan di negeri ini perlu bijak bagi memastikan masa terluang diisi dengan aktiviti kemasyarakatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan anggota masyarakat sebagai seorang yang banyak mempunyai ilmu dalam suatu perkara.

“Selaras dengan saranan pembelajaran sepanjang hayat, tentu sahaja terdapat rancangan-rancangan yang boleh diterokai. Terpulang kepada kebijaksanaan seseorang pesara untuk memilihnya bagi memastikan masa yang ada akan terisi dengan rancangan kemasyarakatan umpamanya atau berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan anggota masyarakat sebagai seorang yang terlebih dahulu makan garam. 

“Berdasarkan statistik dan pemerhatian menunjukkan dengan jelas bahawa dalam masyarakat kita, terdapat sebilangan pelajar yang masih memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk daripada para pesara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2023 ‘Sesaat Bersama Seabad Terasa’ di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Suhaimi Matshah.

Arifin berkata,  gaya hidup sihat menerusi pemakanan dan aktiviti riadah juga perlu diteruskan secara konsisten.

Katanya, kesihatan diri perlu diberi keutamaan demi kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna untuk di nikmati pada zaman persaraan.

“Kepada warga Kementerian Pendidikan yang masih berkhidmat, saya amat berharap agar semua warga kerja Kementerian Pendidikan akan sentiasa peka dan meninggalkan sikap yang mudah berasa selesa dengan pencapaian dalam organisasi masing-masing. 

“Sebaliknya hendaklah sentiasa berfikir dengan skop yang lebih luas dan berpandangan jauh agar perancangan-perancangan dan kerja-kerja yang dilaksanakan akan selaras dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan yang sentiasa menjana ke arah pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Terdahulu, seramai 140 pesara Jabatan Pendidikam Negeri Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu diraikan pada majlis itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular