HomeIsu tempatanSuspek warga asing ditahan reman, kes rasuah 'lesen terbang'

Suspek warga asing ditahan reman, kes rasuah ‘lesen terbang’

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan reman seorang lagi suspek yang bertindak sebagai orang tengah kerana disyaki bersekongkol dengan penguat kuasa dalam pengeluaran ‘lesen terbang’ dengan nilai wang rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 tanpa perlu mengambil ujian memandu.

Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 November 2023 telah dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ryan Sagiran Rayner Junior selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Lahad Datu, pagi tadi.

Semalam, seorang suspek lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada sekitar tahun 2021 dan 2022 serta disyaki memberikan wang rasuah kepada penguat kuasa sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

“Modus Operandi (MO) yang dilakukan oleh “orang tengah” ini adalah dengan meminta wang rasuah daripada setiap calon antara RM400 hingga RM1,200 kemudian memberikan kepada penguat kuasa bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS promosi gaya hidup sihat di Kg. Long Pasia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular