HomeUtamaUMS dilantik sebagai Ketua Projek Program Translasional 2023

UMS dilantik sebagai Ketua Projek Program Translasional 2023

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilantik sebagai Ketua Projek Program Translasional 2023 bagi bidang fokus Kelestarian Wilayah.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, Projek Program Translasional lantikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu adalah bernilai sebanyak RM6.25 juta.

“Sebagai Ketua Projek, UMS memainkan peranan penting dalam menyokong dan memimpin pasukan penyelidik dalam bidang Kelestarian Wilayah bagi menghasilkan penyelesaian inovatif untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan industri dalam bidang ekonomi dan kesejahteraan sosial.

“Pengiktirafan ini dapat memperkasakan reputasi UMS dan menjalin kerjasama dengan para penyelidik daripada universiti-universiti awam yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Anugerah Penyelidikan UMS 2023 (APUMS 2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Majlis disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Kasim berkata, Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk melaksanakan penyelidikan berbentuk translasional.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sokongan yang berterusan dan bantuan dari segi kewangan dalam membantu universiti ke arah melaksanakan penyelidikan yang berimpak tinggi.

“Kerajaan Negeri Sabah juga telah meluluskan dana sebanyak RM 10 juta untuk pewujudan Kursi Penyelidikan Bajau Sama Sabah, manakala Kursi Penyelidikan Keharmonian Antara Agama dan Kursi Penyelidikan Mualaf kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), sebanyak RM 2.5 juta setiap satu.

“Selain itu, kolaborasi penyelidikan dengan pihak industri juga dapat diperkukuhkan selain penglibatan kolaborasi daripada universiti tempatan mahupun luar negara,” katanya.

Dalam pada itu Kasim berkata, UMS juga telah mendapat respon positif daripada pihak industri dengan mendapat saluran dana sebanyak RM 10 juta melalui kerjasama mewujudkan International Industry Research Innovation (IIRC) Steve Lee dan tambahan satu lagi Kursi Akadamik baharu iaitu Kursi Biodiversiti sebanyak RM 5 juta.

“Ini adalah satu sumbangan yang amat berharga kepada perkembangan dan pembangunan universiti terutamanya dalam memenuhi sasaran penarafan enam bintang MyRA,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya