HomeUtama362 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sehingga Oktober lalu

362 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sehingga Oktober lalu

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu :  Sebanyak 362 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri ini sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, jumlah itu mencatat peningkatan sebanyak 61 kes berbanding kes yang dilaporkan tahun lalu.

Katanya, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, jumlah yang dilaporkan pada tahun lalu adalah hanya 301 kes.

“Ini amat membimbangkan kerana implikasi atau kesan keganasan kepada mangsa amat berat sama ada dari aspek fizikal mahupun mental mereka. Usaha memerangi keganasan ini juga bukanlah mustahil tetapi memerlukan komitmen serta rasa tanggungjawab daripada seluruh warga Sabah.

“Oleh itu, pihak berkaitan terutama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) perlu melaksanakan lebih banyak program kesedaran bagi memberi pendedahan kepada rakyat berkenaan isu keganasan terhadap wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita ‘Sleeping with The Enemy:Keganasan Terhadap Wanita’ di sini, semalam.

Teks ucapannya beliau dibacakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng.

James berkata, bagi memastikan agenda menghentikan keganasan terhadap wanita dapat dilaksanakan dengan berkesan dan holistik, pihaknya melalui JHEWA turut  menggerakkan kempen We Eliminate Violence Against Women (WeVAW).

“WeVAW telah dimasukkan dalam program Flagship Outreach Santuni Wanita dan akan dilaksanakan di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025 di bawah pelan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya. 

James turut berharap JHEWA akan terus berusaha mencapai sasaran tersebut dan konsisten  walaupun selepas program flagship berakhir nanti. 

Program sokongan sosial “Sleeping With the Enemy: Keganasan Terhadap Wanita” diadakan bersempena dengan International Day for the Elimination of Violence Against Women disambut pada 25 November setiap tahun.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dipelawa meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan 2024 esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya