HomeUtamaHubungan dua hala Sabah, Kalimantan diperkukuh - Nizam

Hubungan dua hala Sabah, Kalimantan diperkukuh – Nizam

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU:  Kerjasama baik antara Sabah dan Kalimantan mampu meningkatkan potensi ekonomi yang boleh diteroka antara dua wilayah tersebut, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurut beliau, kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Kalimantan bakal menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi antara dua negara jiran itu.

Beliau berkata kerajaan negeri Sabah komited memastikan kawasan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dibangunkan menjadi bandar sempadan seperti yang dirancang bagi memberi manfaat terutama dalam sektor ekonomi kepada Malaysia dan Indonesia.

“Ini juga penting bagi memastikan Sabah sendiri dapat memanfaatkan sepenuhnya pembangunan besar dijangkakan berlaku berikutan perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan,” katanya.

Beliau berkata semasa meraikan jamuan petang kepada rombongan Gabenor Kalimantan Utara semalam di Kota Kinabalu.

Gabenor Kalimantan Utara, Drs. H. Zainal A. Paliwang diraikan bersama rombongan.

Turut hadir sama Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan, Perutusan Khas (Special Envoy) Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA) Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Adun Kukusan, Rinal Jainal, Adun Balung Datuk Hamild Awang .

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular