HomeUtamaAdun Moyog cadang penggunaan bahasa Inggeris ditekankan dalam sistem pendidikan di...

Adun Moyog cadang penggunaan bahasa Inggeris ditekankan dalam sistem pendidikan di Sabah

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Datuk Darell Leiking mencadangkan kepada kerajaan negeri agar menekankan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan bagi memantapkan lagi persaingan global yang semakin mencabar.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri ke-16 di DUN Sabah hari ini, Darell membahaskan perkara tersebut dengan mengambil contoh sistem pendidikan di Sarawak yang menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

“Pada 9 April 2022, Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak telah mengumumkan bahawa mereka akan fokus kepada Program Dwi Bahasa (DLP) di mana mata pelajaran Matematik dan Sains akan diajar dalam bahasa Inggeris.

“Di Sarawak, mereka sangat menekankan pentingnya penguasaan bahasa Inggeris, jadi saya fikir di Sabah juga kita boleh tukar kepada dasar yang sama sebab itu kita mesti ubah.

“Kalau kita tekankan bahawa sistem pendidikan kita adalah satu senjata untuk membawa Sabah kepada ‘high impact nation challenges’ di masa akan datang maka penggunaan bahasa Inggeris adalah salah satu alat selain kemahiran lain bagi meningkatkan keboleh pasaran pemain industri kita di peringkat antarabangsa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular