HomeUtamaMasyarakat digesa jalani ujian saringan kesihatan - Dr Asits

Masyarakat digesa jalani ujian saringan kesihatan – Dr Asits

Read Time:2 Minute, 0 Second

Papar:   Masyarakat di negeri ini digesa untuk menjalani ujian saringan di klinik kesihatan berdekatan bagi mengetahui status kesihatan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Asits Sanna berkata, hampir separuh daripada jumlah pesakit diabetes tidak didiagnosis menyebabkan komplikasi serius sehingga boleh mengancam nyawa.

“Pelbagai faktor risiko dikaitkan dengan penyakit diabetes seperti sejarah penyakit diabetes di dalam keluarga, berlebihan berat badan atau obesiti, peningkatan umur terutama selepas 45 tahun, amalan pemakanan tidak sihat, kehidupan yang sedentari dan sejarah penyakit diabetes semasa kehamilan. 

“Oleh itu, kita amat mengalu-alukan masyarakat untuk menjalankan ujian saringan di klinik kesihatan yang berdekatan untuk mengetahui status kesihatan mereka.  Apabila diabetes tidak dikesan dan dirawat dengan baik, ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius dan berpotensi mengancam nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2023 yang dimeriahkan kira-kira 700 orang di sini.

Secara global, seramai 537 juta orang dewasa iaitu satu dalam 10 orang menghidap diabetes pada tahun 2021 dan dijangka meningkat kepada 643 juta menjelang 2030 dan 783 juta menjelang tahun 2045. 

Mengulas lanjut,  Asits memaklumkan, satu dalam lima orang dewasa di Malaysia adalah penghidap diabetes iaitu 3.9 juta, manakala di Sabah pula sebanyak 70,676 kes pesakit diabetes yang telah berdaftar di kesihatan awam.

Beliau memaklumkan bersempena dengan sambutan yang bertemakan “Akses Kepada Penjagaan Diabetes; Kenali Risiko Anda, Bertindak Sekarang” beberapa aktiviti khusus telah dilaksanakan sejak 20 November lalu.

“Bermula 20 November sehingga 24 November 2023, pameran sudut informasi penyakit Diabetes dan ceramah kesihatan telah dijalankan di beberapa fasiliti kesihatan di daerah Papar yang melibatkan empat Klinik Kesihatan dan sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. 

“Aktiviti pameran sudut informasi penyakit Diabetes dan ceramah kesihatan ini diadakan di ruangan menunggu unit pesakit luar dan farmasi Klinik Kesihatan Kinarut, Klinik Kesihatan Bongawan, Klinik Kesihatan Kuala, Klinik Kesihatan Ulu Kimanis dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Papar,” katanya,

Selain itu, katanya, pihaknya juga telah mengadakan bual bicara melalui FB Live Sektor Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang bertajuk ”Cegah Diabetes” pada 17 November lalu.

Bual bicara tersebut membincangkan mengenai Penyakit Diabetes, rawatan dan kepentingan saringan bagi mencegah penyakit Diabetes di Negeri Sabah. 

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang diwakili Setiausaha Sulit Kepada Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas, Roslie Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular