HomeUtamaDUN Sabah : 18,853 miskin tegar direkodkan dalam sistem E-Kasih

DUN Sabah : 18,853 miskin tegar direkodkan dalam sistem E-Kasih

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Seramai 18,853 orang miskin tegar di Sabah telah berdaftar dalam sistem E- Kasih setakat 31 Oktober lalu.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Dato Sri Dr Ruddy Awah berkata, jumlah itu merangkumi sebanyak 16.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Ketua Isi Rumah (KIR) yang hanya berdaftar dalam sistem E-Kasih.

“Antara cabaran utama dalam mencapai sasaran kerajaan untuk menoktahkan miskin tegar di Negeri Sabah menjelang 31 Disember 2023 adalah kerana jumlah miskin tegar yang berdaftar dalam sistem E-kasih terlalu ramai.

“Selain itu, kedudukan miskin tegar yang berada di kawasan pedalaman menyukarkan mereka untuk menyertai program-program peningkatan pendapatan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Hassan A Gani Pg. Amir (Gagasan- Sebatik) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ruddy berkata, cabaran lain juga termasuklah peruntukan agensi pemberi bantuan yang telah habis digunapakai sepanjang tahun 2023.

Katanya, ini menyebabkan program bantuan yang bersesuaian untuk miskin tegar terpaksa dilaksanakan menggunakan peruntukan tahun hadapan.

“Kriteria golongan miskin tegar tidak menepati kehendak bantuan contohnya bantuan pertanian tetapi tidak memiliki tanah dan lain-lain selain miskin tegar yang berdaftar dalam sistem E-kasih majoriti berumur melebihi umur golongan produktif iaitu di atas 64 tahun.

“Kita juga berdepan cabaran apabila mentaliti miskin tegar yang enggan berhijrah dari tempat asal turut menjadi cabaran dalam mengatasi isu ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Ruddy berkata, terdapat juga mereka yang tidak mempunyai kemahiran tertentu untuk kemajuan diri sendiri serta miskin tegar enggan bekerjasama untuk melaksanakan program-program yang dianjurkan.

“Selain itu, pemprofilan isi rumah miskin tegar berkenaan keperluan jenis bantuan yang bersesuaian belum siap dilaksanakan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

11 rumah musnah di Membakut dibina semula dibawah inisiatif RIM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular