HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan beri tumpuan perkasa perkhidmatan kepakaran di Hospital Beaufort

DUN Sabah : Kerajaan beri tumpuan perkasa perkhidmatan kepakaran di Hospital Beaufort

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan belum ada perancangan bagi membina hospital baharu di daerah Membakut selain akan memberi lebih tumpuan dalam memperkasa perkhidmatan kepakaran di Hospital Beaufort.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, bagaimanapun, daerah Membakut telah mendapat kelulusan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis lima Membakut di bawah Rancangan Malaysia ke-12, Rolling Plan 1.

“Buat masa ini, belum ada perancangan pembinaan hospital baharu di daerah Membakut dan pihak Kementerian adalah lebih tertumpu dalam memperkasakan perkhidmatan kepakaran di Hospital Beaufort yang terletak lebih kurang 18 kilometer daripada Pekan Membakut terlebih dahulu.

“Ia termasuklah dengan perluasan kepakaran seperti Pembedahan Am, Obstetrik, Ginekologi, Radiologi, Pediatrik, Perubatan Am, Perubatan Kecemasan & Trauma, Anestesiologi & Rawatan Rapi dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

James berkata, perluasan itu adalah  agar lebih berimpak tinggi dan dapat menampung keperluan perkhidmatan kesihatan sekunder dan tertiary, bukan sahaja untuk penduduk di Beaufort dan Membakut, malah termasuk penduduk daripada Sipitang dan Kuala Penyu, tanpa perlu dirujuk ke pusat rujukan di Kota Kinabalu.

Katanya, Klinik Kesihatan Jenis 5 Membakut itu nanti akan dilengkapi dengan kemudahan kesihatan yang lebih baik dan komprehensif berbanding klinik kesihatan sedia ada.

“Ini akan menggantikan bangunan kayu yang telah usang dan tidak selamat. Projek dijangka bermula pada tahun 2024 di bawah Jabatan Kerja Raya Sabah,” kayanya.

Dalam pada itu, James berkata, Unit Dialisis Klinik Kesihatan Tungku (KK Tungku) telah siap dibina dan diubahsuai pada Oktober lalu.

Katanya, Unit Dialisis KK Tungku dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2024 dan akan dikendalikan oleh Hospital Lahad Datu.

“Pesakit dari sekitar Tungku akan mendapat rawatan dialisis tiga kali seminggu di Unit Dialisis KK Tungku bermula Januari 2024,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular