HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan tambah baik tatakelola, tadbir urus agensi awam negeri

DUN Sabah : Kerajaan tambah baik tatakelola, tadbir urus agensi awam negeri

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri melalui Kementerian Kewangan sedang dalam pelaksanaan Rancangan Penambahbaikan Tatakelola dan Tadbir Urus Agensi Awam Negeri. 

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelaksanaan ini termasuk membawa masuk juruaudit pakar untuk menjalankan audit dan kajian semula ke atas syarikat-syarikat yang bermasalah.

“Pemeriksaan teliti ke atas penyata kewangan ini akan dapat membantu Agensi Awam Negeri mengenalpasti risiko dan mencari jalan sama ada mempertahankan atau membaik pulih perniagaan dan aktiviti yang dijalankan.

“Sebagai jentera yang membantu Kerajaan Negeri meningkatkan hasil melalui pulangan pelaburan, beberapa inisiatif akan dilaksanakan  pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Kewangan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di di sini hari ini 

Masidi berkata, antara inisiatif yang akan dilaksanakan ialah pelantikan Ahli  Lembaga Pengarah  (ALP) adalah mengikut kriteria berdasarkan pengalaman, profesionalisme, kelayakan dan kompeten. 

Katanya, ini bertujuan untuk memastikan adanya ‘check and balance’ dalam setiap pelantikan Ahli Lembaga Pengarah.

“Selain itu, inisiatif lain adalah dengan melaksanakan Sistem Score Card sebagai penanda    aras    prestasi    yang    membantu Kerajaan memantau dan meningkatkan akauntabiliti Ahli Lembaga Pengarah yang telah dilantik.

“Melaksanakan Sistem Merit Demerit sebagai strategi pemantauan Agensi Awam Negeri dan menguatkuasakan peraturan serta undang- undang melalui Jawatankuasa Pengawalseliaan dan Pematuhan Tadbir Urus Korporat bagi memastikan aktiviti Agensi Awam dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan. 

“Pelaksanaan sistem-sistem ini bertujuan untuk memantapkan lagi State Company Information System (SCIS) sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Kerajaan turut melaksanakan inisiatif untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman Agensi Awam Negeri untuk memastikan pelaburan yang dilaksanakan dapat memberi pulangan yang menguntungkan, membantu Agensi Awam Negeri  merealisasikan  cadangan  perniagaan 

yang berpotensi dan memastikan kepentingan Kerajaan Negeri terjaga.

Katanya, selain itu Kerajaan juga akan mewartakan Agensi Awam Negeri untuk pengauditan agar dapat memberi gambaran Kedudukan Kewangan yang benar dan saksama dan rekod kewangan mengenainya diselanggarakan dengan teratur dan kemas kini.

“Bekerjasama  dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menilai sama ada pengurusan kewangan di Agensi Awam Negeri telah dilaksanakan secara telus dan berintergriti mengikut undang- undang dan peraturan kewangan yang berkaitan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular