HomeUtamaKilang Klinker & Simen Bersepadu di Tongod mula kerja-kerja fasa pertama pertengahan...

Kilang Klinker & Simen Bersepadu di Tongod mula kerja-kerja fasa pertama pertengahan 2024

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Kilang Klinker dan Simen Bersepadu membabitkan nilai pelaburan RM2 Bilion di daerah Tongod dijangka akan memulakan kerja-kerja fasa pertama pada pertengahan 2024.

Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn. Bhd, Datuk Masiung Banah berkata, fasa awal itu membabitkan kerja-kerja membina jalan raya aspal dan pembangunan kilang.

“Fokus utama pemaju ialah membina terlebih dahulu pencawang elektrik dan telekomanikasi selain membina pelan rawatan air bersih, ” katanya semasa menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masuk hari terakhir hari ini.

Pada Selasa DUN diberitahu, Sabah menerima pelaburan RM2 Bilion bagi membangunkan Kilang Klinker dan Simen Bersepadu di Tongod yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Perindusterian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, berkata pembinaan kilang ini akan melalui dua fasa dijangka mampu menghasilkan 1.75 tan simen setahun.

Katanya, kewujudan kilang ini dijangka mewujudkan 1,000 pekerjaan kepada warga tempatan selain membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

Apabila beroperasi sepenuhnya, kilang ini dijangka memenuhi keperluan semasa industri pembinaan serta dapat mengeksport ke negara-negara Asia.

Menurut Masiung, projek klinker itu bakal mentransformasikan daerah Tongod selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri mengurangkan kemiskinan yang membawa masuk projek berimpak tinggi.

Pada 3 Ogos lalu, perjanjian usahasama (JVA) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Dabah (Sedco) dan Sri Alam Setia Sdn bhd untuk menubuhkan Borneo Cement (Sabah) Sandakan Bhd.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular