HomeUtamaDUN Sabah lulus Belanjawan 2024

DUN Sabah lulus Belanjawan 2024

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Belanjawan Negeri 2024 berjumlah RM5.701 bilion selepas perbahasan selama empat hari bermula Isnin lalu.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024) 2023  itu diluluskan selepas memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat dalam perbahasan sepanjang tempoh berkenaan.

Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim N Yahya mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga rang undang-undang berkenaan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Belanjawan yang  bertemakan ‘Sabah Teguh Rakyat Terbela’ mengunjurkan akan mengutip hasil berjumlah RM5.737 bilion pada tahun depan.

Katanya, belanjawan yang menggariskan lima strategi perbelanjaan bagi memastikan pembangunan secara mapan itu akan diunjur mencatat lebihan hasil berjumlah RM35.87 juta.

“Belanjawan ini dirangka khusus demi membela kesejahteraan hidup rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan yang berterusan. Saya ingin menekankan di sini bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyediakan Belanjawan yang holistik dan inklusif.

“Bagi merealisasikan matlamat tema Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri mencadangkan satu Anggaran Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM5.701 bilion dengan Anggaran Hasil Negeri sebanyak RM5.737 bilion.

“Ini bermakna, Belanjawan 2024 merupakan satu Belanjawan Lebihan (Surplus Budget) sebanyak RM35.87 juta,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular