HomeUtamaWaspada Khidmat Tawaran Tebus Kredit eMadani - MOF

Waspada Khidmat Tawaran Tebus Kredit eMadani – MOF

Read Time:1 Minute, 8 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Dalam kenyataannya, MOF berkata, ia bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ serta kehilangan kredit yang diterima mereka.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Dalam pada itu, kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terbabit dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang membabitkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MOF berkata, program eMADANI diluncur bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

“Oleh itu, kredit eMADANI tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terbabit iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

“Pendaftaran program eMADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40,” katanya. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program eMADANI dengan melayari https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular