HomeUtamaKYS komited basmi kemiskinan luar bandar

KYS komited basmi kemiskinan luar bandar

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan program penjanaan pendapatan melalui aktiviti pembuatan kraf tangan yang dilaksanakan Pusat Kraftangan Sabah (PKS) mampu membantu Kerajaan dalam membasmi kemiskinan luar bandar.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui PKS telah melaksanakan dua program teras iaitu Program Rural Integrated Craft Heritage (RICH) dan Program Penanaman Bahan Mentah (PPBM) – Buluh dan Rotan.

Katanya, program itu adalah melalui dana yang disalurkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

“Program tersebut adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam hala tuju melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam memperkasakan rakyat Sabah untuk menerajui bidang keusahawanan.

“Saya yakin bahawa program tersebut akan menggalakkan peserta berusaha dan berdikari seterusnya berjaya keluar dari kekangan ekonomi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Penutupan Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah, PKS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Abidin berkata, pelbagai program telah dijalankan antaranya program bimbingan khidmat kepakaran, program softskill dan program produk hiliran yang bertujuan memberikan nilai tambah kepada bakal usahawan PKS.

Katanya, ini adalah agar mereka dapat menonjol dalam bidang yang diceburi serta meningkatkan daya saing kumpulan sasar dalam bidang keusahawanan.

“Pada tahun ini, PKS telah berjaya melahirkan seramai 160 orang pelatih yang terdiri daripada 135 orang bagi program RICH dan 25 orang bagi PPBM melalui PKAN yang telah dijalankan selama sembilan bulan bermula dari 1 Mac hingga 30 November 2023,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular