HomeIsu tempatanFestival SensARTS 2023 medium pupuk kesedaran lindungi alam sekitar melalui karya seni...

Festival SensARTS 2023 medium pupuk kesedaran lindungi alam sekitar melalui karya seni digital

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Festival SensARTS (Sensibilization of youth through ARts, sciences and digital TechnologieS) yang berlangsung di Inkubator Akuakultur, Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu menjadi medium dalam memupuk kesedaran perlindungan alam sekitar melalui penghasilan karya seni digital. 

Pengarah IPMB UMS, Prof Madya Dr. Ching Fui Fui @ Faihana Ching Abdullah, program anjuran IPMB itu antara lain bertujuan membina sinergi ahli dalam bidang seni, sains dan teknologi untuk menghasilkan karya seni digital bertemakan “Mysterious and fragile biodiversity”.

“Kita dapat melihat karya seni digital yang mempamerkan kepelbagaian dan keunikan biodiversiti flora dan fauna hasil gabungan pengetahuan oleh para penyelidik dan kreativiti artis digital.

“Karya seni ini dapat meningkatkan kesedaran kita tentang kepentingan jaringan biodiversiti yang ada dalam ekosistem daratan mahupun lautan dan keperluan untuk memulihara dan mengurusnya secara mampan,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan, karya seni adalah salah satu medium yang dapat mempengaruhi tingkah laku dan mencetus kebimbangan kesan akibat kemusnahan alam sekitar.

“Dengan penglibatan pelajar sekolah dan universiti, kami berharap usaha ini dapat menyemai rasa tanggungjawab kita untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar secara semula jadi,” katanya. 

Seramai 60 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinawantai, Kudat dan SMK Sanzac, Kota Kinabalu menghadiri program tersebut, selain 30 pelajar Sains Marin UMS yang turut sama membantu dan mengambil bahagian. 

Program tersebut turut mendapat kerjasama dari Kedutaan Perancis di Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan UMS dan U-Science UMS.

Hadir sama pada program tersebut Ketua UScience UMS, Zawawi Tiyunin dan Pengerusi Festival SensARTS, Dr. Fikri Akmal Khodzori.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular