HomeIsu tempatanSambutan HPPK 2023 peringkat Kebangsaan bermula hari ini

Sambutan HPPK 2023 peringkat Kebangsaan bermula hari ini

Read Time:40 Second

Penampang : Tiga segmen utama bakal mengisi sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2023 peringkat Kebangsaan akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Azizul Alias berkata, antaranya ialah jualan, program khidmat nasihat agensi kerajaan dan penawaran perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

“Sebanyak 300 reruai dibuka dan pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang tiga hari sambutan diadakan.

“Sambutan ini menjadi platform penjaja dan peniaga kecil untuk mempromosikan produk selain untuk mengiktiraf sumbangan mereka dalam merancakkan ekonomi negeri.

“Dijangka lebih 20,000 pengunjung akan hadir memeriahkan sambutan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media semasa persiapan program berkenaan di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai untuk hadir ke Buhavan Square sebagai tanda sokongan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terlibat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sabah sasar pasaran pelancongan Timur Tengah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular