HomeUtamaKePKAS komited majukan pelancongan lestari Sabah

KePKAS komited majukan pelancongan lestari Sabah

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar (KePKAS) terus komited untuk memajukan pembangunan pelancongan lestari negeri menerusi faktor pemacu ketiga ekonomi Kerajaan Sabah.

Setiausaha Tetap KePKAS Datuk Sr Yusrie Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan untuk memastikan pembangunan yang secara berterusan akan dapat memberi manfaat kepada rakyat Sabah khususnya komuniti tempatan.

“Oleh itu, saya dengan tulus ikhlas menghargai program taklimat serta perancangan untuk pelaksanaan Pelan Geopark Negara 2021-2030 pada hari ini. Dengan ini, saya ingin menyeru kepada semua pihak yang terlibat untuk memberikan sumbangan terbaik dan berusaha dengan gigih dalam melaksanakan pelan ini.

“Kita tidak boleh meraih kejayaan ini sendirian, ia memerlukan kerjasama dan sokongan penuh dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, seluruh masyarakat dan pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sesi taklimat pelan pembangunan Geopark negara 2021-2030 dan pelan pelaksanaan Geopark Negara di negeri Sabah 2023 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha KePKAS Alisia Sion.

Yusrie berkata, pengiktirafan Kinabalu UNESCO Global Geopark adalah suatu tanggungjawab besar untuk di galas khususnya untuk pihak jabatan dan agensi berkepentingan di Negeri Sabah ini.

Katanya, semua pihak harus memastikan pengiktirafan Kinabalu UNESCO Global Geopark yang telah di perolehi pada 24 Mei lalu dapat memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada semua komuniti yang tinggal di tiga daerah terbabit iaitu Kundasang, Kota Belud dan Kota Marudu .

“Sukacitanya ingin saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan dan mengesahkan bahawa pihak KePKAS telah menerima dokumen Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan seterusnya dokumen ini akan dikemukakan kepada Kabinet Negeri Sabah untuk diterima pakai atau mendapat endorsement dari Kerajaan Negeri Sabah.

“Ingin juga saya nyatakan di sini bahawa Negeri Sabah bukanlah hanya sekadar sebuah negeri atau wilayah, tetapi ia adalah rumah kepada kepelbagaian etnik, alam semula jadi berkelas dunia, dan kawasan Geopark yang kaya dengan sejarah dan nilai-nilai warisan.

“Oleh itu, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan warisan ini terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Yusrie berkata, kepentingan dalam pemeliharaan kepelbagaian biologi dan keunikan geologi di Geopark tidak boleh diabaikan.

“Sehubungan itu, saya berharap bahawa pelan yang dirangka tidak hanya memberi tumpuan kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata, tetapi juga pada pemuliharaan kepelbagaian alam dan keunikan budaya tempatan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular