HomeUtamaKerajaan Persekutuan kekal sokong kepimpinan Hajiji - PM

Kerajaan Persekutuan kekal sokong kepimpinan Hajiji – PM

Read Time:1 Minute, 31 Second

Penampang : Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan mengulangi pendirian untuk terus kekal menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu mengambil kira prestasi dan kerjasama yang ditunjukkan Kerajaan negeri pimpinan Hajiji pada ketika ini.

Katanya, pendiriannya jelas dan beliau tidak lagi mahu ada mana-mana pihak membangkitkan soal kedudukan kerajaan Sabah.

“Saya percaya dengan sikap dan pendirian kerajaan negeri sekarang, kita boleh beri kerjasama. Dalam politik negara ini, harus ada saling percaya mempercayai.

“Sebab itu saya ambil keputusan Kerajaan Perpaduan peringkat pusat, kerana kerjasama ditunjukkan dan prestasi kerajaan negeri, kita dalam Kerajaan Perpaduan di persekutuan tetap menyokong kepemimpinan Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri.

“Jadi jangan ada orang bangkitkan soal-soal lain, pendirian saya jelas,” katanya pada pelancaran Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023 yang turut dihadiri Hajiji di Buhavan Square, Donggongon, di sini, hari ini.

Anwar berkata, tujuannya menjelaskan pendirian itu adalah untuk memastikan hubungan yang harmoni dan kerjasama berterusan kerajaan Pusat dan negeri dalam melaksanakan pembangunan demi keselesaan hidup rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri berterima kasih kepada Hajiji kerana bertegas dalam pemilihan kontraktor berwibawa bagi melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang menelan kos RM15 bilion.

“Di Sarawak sudah hampir siap, tapi di Sabah lambat siap. Nasib baik kita ada Ketua Menteri dan Menteri Kewangan yang prihatin, tidak boleh buat cara lama seperti dulu, masing-masing nak cari kontraktor.

“Jadi saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Hajiji, jangan peduli itu, cari kontraktor terutamanya dari Sabah yang layak dan mampu menjalankan kerja. Kalau tidak, bagilah berapa puluh billion, kerja tak siap dan tertanguh.

“Jadi, kita kena kerjasama, mana yang mampu diselenggarakan oleh kontraktor Sabah kita berikan. Kalau tidak boleh, kita buat kerjasama dengan kontraktor peringkat kebangsaan, sebab kita nak jalan (lebuh raya) itu siap,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular