HomeUtamaKerajaan setuju projek Tamu Desa dilaksanakan KUSKOP

Kerajaan setuju projek Tamu Desa dilaksanakan KUSKOP

Read Time:1 Minute, 54 Second

Penampang: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan melaksanakan Projek Tamu Desa dengan peruntukan RM20 juta dalam Belanjawan 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Cadangan Ewon (Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) supaya dana RM20 juta itu dikendalikan oleh KUSKOP, saya setuju.

“Daripada RM20 juta itu, RM1 juta diberikan untuk pengurusan dan pembangunan penjaja dan peniaga kecil (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat kebangsaan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023, di Buhavan Square, di sini, hari ini.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang telah memberi dukungan serta sumbangan kepada pertumbuhan sektor ekonomi negara.

Beliau turut menyatakan mengenai keperluan untuk membangunkan warung serta gerai rakyat yang bersih dan indah sekali gus menjadi tarikan yang berkesan kepada pengunjung dan pelancong di kawasan berkenaan.

Sementara itu dalam sidang media selepas majlis itu, Ewon merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmen kelulusan untuk kementeriannya melaksanakan Projek Tamu Desa seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024.

“Dengan demikian kementerian boleh menjadi pelengkap kepada usaha untuk menyediakan gerai-gerai keusahawanan untuk penjaja dan peniaga-peniaga kecil di luar bandar.

“Sebahagian daripada peruntukan tersebut iaitu RM1 juta, kita akan salurkan kepada pengurusan dan pembangunan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Peringkat Kebangsaan.

“Ini merupakan pengumuman yang sangat positif dan kami di kementerian akan terus komited memperkasakan lagi perkhidmatan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu itu ketika berucap, Ewon berkata, komitmen Perdana Menteri memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil terserlah melalui peruntukan besar bagi menyediakan kiosk-kiosk penjaja yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

“Bagaimanapun, komuniti penjaja dan peniaga kecil di kawasan luar bandar juga memerlukan pembelaan yang sama. Mereka berjualan di tamu-tamu tradisi, tamu mingguan dan tepi-tepi jalanraya yang sudah pastinya menginginkan kemudahan gerai dan tamu desa yang lebih baik.

“Sebab itulah saya dan kami di KUSKOP telah mengemukakan cadangan projek Tamu Desa kepada Kementerian Kewangan semasa sesi libat urus penyediaan belanjawan agar penyediaan dan penaiktarafan kemudahan gerai keusahawanan dapat disediakan dalam Belanjawan 2024.

“Mewakili komuniti penjaja dan peniaga kecil, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta dalam Belanjawan 2024,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan bakal perkenal kaedah Penjawat Awam lembap,malas tidak dapat kenaikan gaji...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya