HomeUtamaTiga kanak-kanak maut, bermain & mandi dalam kolam buatan

Tiga kanak-kanak maut, bermain & mandi dalam kolam buatan

Read Time:57 Second

KUDAT: Tiga kanak-kanak maut dipercayai lemas ketika sedang bermain dan mandi di kolam buatan dalam satu kejadian di Kampung Perpaduan Ria 1 dekat sini pada petang tadi (7 Dis).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pada jam 5. 36 petang tadi Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Kudat menerima panggilan kecemasan terdapat tiga orang kanak-kanak dikhuatiri lemas sewaktu mandi di kolam buatan (Pembinaan) di lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, Ketua Balai, BBP Kudat yang juga Komander Operasi PPgB Ishak Jabas melaporkan
ketiga-tiga mangsa terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan telah dibawa keluar dari kolam buatan tersebut oleh orang awam.

“Ketiga-tiga mangsa telah diberikan bantuan awal (CPR) oleh Pegawai perubatan dan Pasukan Bomba Emergency Medical Rescue Services (EMRS), seterusnya dibawa ke Hospital menggunakan Ambulans (KKM), Jentera Bomba (EMRS) dan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Wan Hermi, 11, Mohd Syahzwan, 7, dan Nurul Isah, 11, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kudat.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.40 malam tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah bermotifkan politik, meraih perhatian media – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular