HomeIsu tempatan33 individu ditahan di bawah Akta Imigresen

33 individu ditahan di bawah Akta Imigresen

Read Time:2 Minute, 10 Second

Tawau : Seramai 33 orang individu berjaya ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau dalam satu operasi bersepadu yang dilaksanakan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di beberapa kawasan di daerah ini.

Operasi yang dilaksanakan selama tiga hari berakhir semalam itu dilaksanakan di kawasan sasaran seperti jeti, premis perniagaan, CIQ lama dan pasar ikan dengan memfokuskan kesalahan-kesalahan berkaitan barang kawalan dan barangan bersubsidi di pasaran.

Komander Eastern Command Datuk Victor Sanjos berkata, operasi yang dilaksanakan itu juga adalah selaras dengan hasrat ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’ selain terus memperhebat operasi membanteras jenayah rentas sempadan dan menguatkuasakan undang-undang di perairan dan juga daratan.

“Sepanjang operasi yang dijalankan secara serentak melibatkan komponen lautan dan daratan, sebanyak 54 buah bot dan seramai 1,126 orang individu di sekitar kawasan operasi telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 33 orang telah ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

“Selain itu, turut ditangkap dua orang wanita di bawah Seksyen 37B(1)ADB 1952 dan turut dirampas dadah jenis ketamin seberat 27.2 gram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, beberapa tangkapan dan kompaun melibatkan dua kes berjaja tanpa lesen di bawah kesalahan undang-undang kecil 73, General By Law 1957 serta masing-masing satu kes di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, Peraturan-peraturan Kawalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Selain itu katanya, empat notis Majlis Perbandaran Tawau (MPT) telah turut dikeluarkan dengan keseluruhan nilai rampasan pada operasi bersepadu itu adalah berjumlah RM2,280.

“Untuk itu, saya merakamkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan operasi bersepadu ini.

“Selaras dengan kejayaan operasi bersepadu ini juga, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada seramai 200 orang petugas yang terlibat dan kejayaan operasi ini.

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM dalam usaha memperkasakan lagi operasi-operasi sedia ada di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) bagi memastikan ancaman pencerobohan anasir asing dapat dikekang serta pemeliharaan keselamatan awam di pantai Timur Sabah kekal sejahtera dan terkawal,” katanya.

Dalam pada itu, Victor berkata, ESSCOM akan terus mempergiat operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah di ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah.

“Sehubungan itu, saya menyeru kerjasama seluruh masyarakat di ESS Zone agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya