HomeUtamaRakyat diminta jangan dengar hujah tanpa fakta - PM

Rakyat diminta jangan dengar hujah tanpa fakta – PM

Read Time:1 Minute, 40 Second

Penampang : Rakyat diminta supaya tidak mendengar hujah pihak tertentu yang mempertikaikan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Sabah dan negeri lain melalui belanjawan Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuklah hujah ‘orang politik’ yang tidak mengikut fakta kerana ia lebih cenderung mengikut sentimen sendiri bagi menarik sokongan rakyat.

“Kadang-kadang kenyataan itu diputar belit, jadi saya nak terangkan adakah perlu kita nilai dan laksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), saya jawab kita akan laksana.

“Apakah kita sudah laksanakan… kita ambil tindakan dalam satu tahun, lebih baik dari 10 tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023 di Buhavan Square, Donggongon, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar berkata, melalui rundingan MA63, kerajaan persekutuan antaranya melaksanakan pemindahan kuasa bekalan elektrik kepada Sabah dan memindah penyelesaian projek kecil kepada kerajaan Sabah.

“Kita juga tambah peruntukan besar kepada Sabah, kita tetapkan wakil negeri Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang wajib ditunaikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata peruntukan projek pembangunan Sabah pada tahun depan mencecah RM6.84 bilion berbanding, jauh lebih tinggi berbanding Pulau Pinang yang hanya RM1.4 bilion.

“Kalau tanya kenapa Sabah tinggi, jawab saya, masalah Sabah lebih banyak, jalan, sekolah, bekalan elektrik, air, semua ini harus kita bantu.

“Semenanjung janganlah bantah, Sabah pula haruslah puji sedikit, janganlah marah lagi. Sebelum ini, semasa mereka berkuasa tak tambah peruntukan, tapi saya ambil alih satu tahun saya tambah dari RM5 bilion tahun lalu kepada RM6.84 bilion.

“Untuk pengurusan pula RM7, RM8 bilion, jadi kalau satu tahun persekutuan beri hingga RM16 bilion. Saya sebut ini sebab ia menjadi mainan politik dan saya harap ini dihentikan,” katanya.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk RM15 bilion peruntukan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya