HomeUtamaJHEAINS usaha lantik anggota penguatkuasa seluruh Sabah

JHEAINS usaha lantik anggota penguatkuasa seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Jumlah anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) di seluruh Sabah yang masih rendah menjadi antara halangan untuk jabatan itu melaksanakan tugas penguatkuasaan secara menyeluruh.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, hanya lapan orang anggota penguatkuasa yang bertauliah dilantik di Sabah pada ketika ini.

“Berkenaan dengan penguatkuasaan, dimana kita ada hampir 30 daerah di Sabah dan hanya lapan orang saja penguatkuasa yang bertauliah pada ketika ini.  Ini sudah tentu kita mempunyai kekangan berkenaan dengan penguatkuasaan.

“Kalau kita melihat dari daerah, ianya memang tidak mencukupi dengan lapan orang penguatkuasa.  Jadi ini juga kita akan cuba usahakan untuk melantik beberapa orang yang difikir perlu dengan kemampuan kewangan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bersama kepimpinan JHEAINS di Menara Kinabalu di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JHEAISN Jumain Abdul Ghani.

Ruslan berkata, beberapa isu lain turut dibincangkan termasuklah kekurangan imam kariah dan rawatib diseluruh Sabah dan perlu lantikan segera.

“Dalam mesyuarat ini, kita telah membincangkan beberapa perkara antaranya isu kekurangan imam-imam kariah yang perlu disegerakan untuk lantikan di seluruh Sabah selain lantikan imam-imam rawatib.

“Merek aini menjadi antara penggerak diperingkat akar umni dan sudah tentu kita melihat slogan Sabah Maju Jaya itu untuk mereka menilai apakah slogan itu sebenarnya.   Jadi ini perlu kita perkasakan di peringkat JHEAINS dan perlu diusahakan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya juga akan melihat potensi untuk menaiktaraf surau-surau sebagai sebuah masjid berdasarkan kepadatan penduduk di suatu kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, pihaknya melalui JHEAINS akan mengemukakan kertas kerja kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkenaan beberapa isu yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat khususnya umat Islam di negeri ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lima ahli kebuniti tempatan terima Set Teknologi Greenkit MARDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular